9 posts / 0 baru
Pos terakhir
The directory /sites/default/files/private does not exist

salam..

saya telah cuba install drupal 8 di localhost dan ada sedikit error:

1) FILE SYSTEM Writable (public download method)

The directory /sites/default/files/private does not exist. You may need to set the correct directory at the file system settings page or change the current directory's permissions so that it is writable.

2) PRIVATE FILES DIRECTORY

Not fully protected

See https://www.drupal.org/SA-CORE-2013-003 for information about the recommended .htaccess file which should be added to the directory to help protect against arbitrary code execution.

Untuk error no 1: saya folder tersebut memang sudah ada tetapi sistem bagi tahu 'does not exit'

Untuk error no 2: saya telah cuba salin fail .htaccess pada folder Private tetapi masih ada error

 Sudah cari di google tetapi setakat ini belum jumpa cara untuk selesaikan error tersebut

parasolx
parasolx's picture
Admin

Salam,

Masalah 1: Tuan mungkin telah create direktori tersebut, tetapi tidak memberikan "permission" untuk Drupal baca dan tulis (read and write). Jika menggunakan operasi Windows, perlu right click, kemudian pergi properties dan pastikan folder adalah tidak read-only. Manakala jika menggunakan MacOS, perlu right-click, Get Info dan berikan permission untuk read and write kepada folder tersebut.

Masalah 2: Apabila Drupal menemui direktori atau folder bagi Private folder, sistem akan automatik menjana fail .htaccess tersebut. Tetapi sekiranya folder tersebut gagal untuk diberikan kebenaran bagi access write, fail .htaccess akan gagal dicipta. Disebabkan itu, error tersebut akan dipaparkan pada bahagian Report. Tuan perlu selesaikan masalah pertama terlebih dahulu. Dan isu kedua akan resolved secara tersendiri.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

salam..

saya sebenarnya sudah buat seperti yang dinyatakan, tetapi selepas saya save - folder tersebut balik semula kepada "read only"..tak tahu kenapa jadi macam itu..

parasolx
parasolx's picture
Admin

Tuan pakai OS apa boleh terangkan juga pakai software apa untuk run localhost server?

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

saya pakai windows 7 dan software untuk run localhost saya pakai xampp

Nota: 

saya ada google masalah tersebut dan telah buat Take Ownership of a File or Folder & scan guna Malicious Software Removal Tool (tak ada apa2 masalah)

parasolx
parasolx's picture
Admin

Tuan, untuk Drupal 8, tiada lagi fungsi untuk kita set direktori private files menerusi UI. Untuk Drupal 8, tuan perlu edit semual file settings.php yang berada di folder "sites/default/settings.php".

Tuan perlu cari line ini:

$settings['file_private_path'] = ''

Di sini tuan perlu menulis URL absolute. URL absolute bermaksud ianya perlu bermula daripada "C:/xampp/htdocs ...."

Tuan tidak boleh menggunakan URL alias sebab Drupal tidak boleh recognize. Sebab itu error tidak boleh write pada direktori tersebut asih wujud.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

sudah berjaya tuan..terima kasih banyak dan selamatg hari raya..

* saya tidak tulis absolute sebelum ini

salam,

saya telah cuba upload D8 ke live server, adakah kalau di live server kita perlu masukan URL absolute juga atau seperti di bawah?

$settings[file_private_path] = 'sites/default/files/private';

T/kasih

 

parasolx
parasolx's picture
Admin

Salam, yea masih perlu. berbeza dengan D7, configuration di simpan dalam database. berbeza dengan D8, configuration semuanya di simpan dalam fizikal file atau YML. jadi perlu set semula.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Log in or register to post comments