2 posts / 0 baru
Pos terakhir
Peluang tingkatkan kemahiran drupal

Saya melihat pada tahun ini keseluruhan PBT di Malaysia telah beralih daripada liferay kepada drupal. Ekoran daripada itu sy merasakan peluang untuk meningkatkan kemahiran dengan cms ini sangatlah berbaloi mana tahu mungkin khidmat anda diperlukan kelak. Cuma saya melihat forum ini semakin suram tidak seperti dahulu lagi.. apapun tahniah kepada admin kerana masih mengekalkannya

parasolx
parasolx's picture
Admin

Memang betul. Bermula dari tahun lepas, sudah semakin banyak agensi kerajaan mula berpindah kepada Drupal selepas melihat beberapa potensi website kerajaan yang menggunakan Drupal mampu untuk memenuhi spesifikasi dan keperluan perkhidmatan mereka.

memang peluang yang agak besar bagi Drupal terutama komuniti Drupal Malaysia. tetapi seperti yang anda lihat, forum sebegini kurang mendapat sambutan daripada pengguna. 

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Log in or register to post comments