9 posts / 0 baru
Pos terakhir
Upgrade D7 kepada D8

Salam dan selamat tahun baru kepada admin dan semua. Semoga tahun 2016 membawa lebih kejayaan..

Berkenaan dengan topik di atas, saya agak kurang jelas berkenaan dengan persediaan dan cara-cara untuk upgrade D7 kepada D8. Saya sudah baca topik berkenaan dengan upgrade D6 & D7 kepada D8, tetapi masih keliru. Antara persediaan untuk proses upgrade yang saya petik dari Drupal.org ialah seperti di bawah:

Requirements

  1. A fresh installation of Drupal 8 with the core module Migrate Drupal enabled.
  2. Access to the Drupal 6 or 7 database from the host where your new Drupal 8 site is.
  3. Access to the source site's files. If only public files are used, they will be accessible through the site's address. If private files need to be migrated, the files directory needs to be directly accessible to the new Drupal 8 site.
  4. The Migrate Upgrade module installed and enabled on the Drupal 8 site.
  5. If you plan on running the upgrade from Drush, you’ll need Drush 8 and the module Migrate tools
  6. If you will be migrating private files from Drupal 7, you must configure the Drupal 8 file_private_path path in settings.php before running the upgrade.

Artikel tersebut menyarankan supaya kita membuat percubaan proses upgrade di localhost dahulu. Jadi apa yang saya keliru ialah:

Pada langkah 1 di atas: install D8 itu di localhost la kan?

Pada langkah 2 & 3 di atas: saya kurang jelas

ada sesiapa boleh beri pencerahan? atau pihak admin sendiri yang boleh membantu?

Terima kasih

 

parasolx
parasolx's picture
Admin

Salam,

Perkara pertama yang perlu kita maklum berkenaan "upgrade" dan "update". Upgrade bermaksud tingkat upaya versi major, iaitu dari Drupal 6 kpd Drupal 7 kepada Drupal 8. Manakala update adalah kemas kini versi major, iaitu 6.x.x atau 7.x.x dan 8.x.x.

Dalam kes upgrade; terdapat banyak perubahan daripada structure sistem dan structure database. Setiap major version Drupal, framework dan API adalah berbeza. Jadi perlu melalui satu proses migration iaitu tambah baik, atau conversion data daripada framework lama kepada framework baru. Dalam Drupal 6 kepada Drupal 7, selalunya kita panggil upgrade path. Iaitu; prosesnya adalah lebih simple dan mudah. Hanya overwrite semua Drupal core files, dan proses migration akan dijalankan secara automatik.

Tetapi dalam Drupal 8; upgrade path ini tidak disediakan. Bermaksud tiada lagi proses automatik upgrade daripada sistem D6 atau D7 kepada D8. Yang ada adalah migration. Iaitu data ditransfer daripada sistem lama kepada sistem baru.

Jika lihat kemabli langkah-langkah yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  1. A fresh installation of Drupal 8 with the core module Migrate Drupal enabled.
  2. Access to the Drupal 6 or 7 database from the host where your new Drupal 8 site is.

Step pertama Drupal 8 perlu diinstall terlebih dahulu. Seterusnya dengan bantuan modul Migrate anda perlu tetapkan konfigurasi untuk D8 membaca database daripada D6/D7 seterusnya diimport menerusi XMLPC atau JSON.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Salam, Terima kasih Para di atas penerangan

Ada sesiapa yang sudah buat Upgrade D6/D7 kepada D8? Buat masa ini saya masih belum berani untuk membuat upgrade. Kalau sesiapa yang sudah buat, mungkin boleh kongsi. T/Kasih

Saya masih menggunakan drupal 7 kerana belum bersedia dengan modul-modul drupal 8. Saya melihat disini drupal 8 menggunakan cara yang sangat berbeza dengan versi sebelumnya.. modul untuk backup dan migrate rasanya sudah ada dalam core d8 tapi bagi saya untuk memudahkan lebih baik fresh install dan mula pada awal.. pandangan sy sahaja

------

http://adi.my

parasolx
parasolx's picture
Admin

framework D8 sememangnya jauh berbeza jika dibandingkan dengan D7. begitu juga dengan versi sebelum ini, D7 distruktur kembali daripada D6. perubahan struktur framework dalam D6 sebelum ini telah menjadi isu yang besar bagi laman-laman yang kompleks untuk dikemas kini kepada D7. oleh sebab itu, wujud satu module iaitu Migrate oleh pihak komuniti bagi membolehkan data-data dipindahkan ke framework yang baru.

melihat kepada masalah ini, D8 telah didatangkan dengan modul Migrate ini dalam Drupal core. oleh itu, proses migrasi D6 atau D7 kepada D8 telah dikurangkan peratus kegagalan data untuk dimigrate. cume mungkin method agak berbeza bagi setiap satu laman.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

salam..

Saya nak bertanya berkenaan dengan upgrade dari d7 ke d8 ..

Mana lebih bagus iaitu upgrade d7 kepada d8 atau buat clean install d8 dan masukan / copy balik conten d7 kepada d8 secara manual?.

Sebab saya berfikir kalau upgrade fail & database asal dari d7 kepada d8, kemungkinan ada banyak yang kena buat modifikasi. Lagi satu hal ialah, semasa saya buat website dengan d7 dulu (yang saya gunakan sekarang) - ianya bermula dengan pertama kali saya belajar drupal. Oleh itu saya rasa ada banyak perkara yang tidak kemas. Manakala d8 ini saya sudah mula faham drupal dan saya telah membina dengan kemas dan teratur - saya sudah faham apa yang saya buat, berbanding dengan d7 yang saya guna sekarang ini yang mana saya buat banyak kepda try & error. 

Satu perkara lagi ialah berkenaan dengan seo - adakah jika saya buat d8 baru (bukan upgrade dari d7), adakah ianya memberi kesan kepada seo / carian google?

Pendapat anda sangat di hargai..

T/kasih

 

 

 

parasolx
parasolx's picture
Admin

Salam, adalah lebih baik bermula dengan D8 berbanding migrate daripada D7. Walau pun struktur database D8 dan D7 hampir sama, tetapi D8 adalah satu versi yang berlainan. Dari segi bahasa dan infrastrukturnya jauh berbeza. Effort yang diberikan juga sama: bermula baru, atau migrate.

Berkenaan dengan SEO, pastikan struktur URL pada D8 yang baru adalah sama dengan D7. Dengan cara ini, google tidak kisah apa sistem yang digunakan kerana indeks berdasarkan kpd URL.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Terima kasih di atas pandangan..

Saya sebenarnay sudah hampir siap membuat salinan d7 kepada d8 baru dan memang bercadang tidak membuat migrate dari d7

Terima kasih sekali lagi

parasolx
parasolx's picture
Admin

Jika content terlalu banyak, boleh gunakan module https://www.drupal.org/project/feeds untuk pindahkan daripada D7 kepada D8 secara automatik. Tetapi jika sedikit sahaja, lebih baik pindah secara manual sebab sambil-sambil itu boleh check semula kandungan lama.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Log in or register to post comments