1 post / 0 baru
parasolx
parasolx's picture
Admin
Fungsi "autotagging" di bahagian forum

Bagi memastikan setiap topik atau isu yang dibangkitkan di ruangan forum berupaya untuk diindeks dengan lebih baik, satu fungsi "autotagging" telah dimuatkan.

Sistem akan secara automatik akan melakukan tag kepada mana-mana topik yang dihantar di forum Drupal Note Malaysia. Tag ini akan digunapakai pada kebanyakan sistem seperti penyenaraikan artikel berkaitan, "word cloud" dan enjin carian dalaman Drupal Note.

Bahagian tag yang disediakan pada setiap borang topik akan diisi secara automatik tanpa perlu anda memasukkan tag-tag yang berkaitan dengan topik.