5 posts / 0 baru
Pos terakhir
parasolx
parasolx's picture
Admin
Adakah Drupal 8 yang terbaik setakat ini?

Drupal sudah mencapai umurnya hampir 15 tahun di persada internet dan kini Drupal dalam proses untuk melepaskan versi yang terbaru iaitu Drupal 8. Satu menambahbaikkan terhadap versi stabil sekarang Drupal 7. Hampir 200 fungsi baru diperkenalkan dan perubahan kerangka menggunakan perkhidmatan ketiga seperti Symphony dan Twig. Ramai mula berbicara mengenainya selepas beberapa siri persidangan Drupal diadakan di seluruh dunia.

Namun yang menjadi persoalan ramai pembangun, adakah Drupal 8 yang terbaik? Seperti yang cuba diterangkan oleh pengasas Drupal, mencapai atau mencipta satu sistem yang terbaik adalah sesuatu yang mustahil tetapi bukan mustahil. Ianya memerlukan kerja sama dan penglibatan daripada ramai pembangun, pengguna dan pertubuhan Drupal sendiri.

Paling merisaukan saya mengenai Drupal 8 adalah kelebihan dan kemudahan yang disediakan menjadikan Drupal terlalu kompleks. Jika diperhatikan seawal versi D4, sistem ini sememangnya fokus kepada pengurusan kandungan sahaja. Apabila begitu ramai menggunakan Drupal, lebih banyak permintaan fungsi dimuatkan ke dalam core Drupal. Lebih banyak fungsi maka akan lebih kompleks sesuatu sistem untuk diselenggara. Tambahan pula, kini D8 mula untuk dijenamakan semula dengan menggunakan kod PHP yang lebih moden dengan kebergantungan kepada Symphony.

Walaupun saya akan skeptikal terhadap Drupal 8, namun pengalaman sebelum ini melalui Drupal 7 menjadikan saya sedikti yakin dengan Drupal 8. Bayangkan di awal keluaran versi 7 dahulu, ramai mempertikaikan prestasi Drupal 7 berbanding Drupal 6. D7 dilihat sukar untuk mencapai tahap optimum pada versi awal. Namun setelah ianya melalui proses kematangan, D7 adalah jauh lebih stabil berbanding D6.

Diharapkan D8 yang bakal dilepaskan nanti memberikan satu fenomena yang baru dalam pembangunan laman web.

Drupal 8 dengan pengubahsuaian penuh pada teras bertunjangkan kerangka Symphony 

Khabarnya sangat berlainan dengan versi sedia ada sekarang, dari segi fungsi khususnya

Masih belum mencuba lagi versi beta lantaran versi 7 sudah cukup berkuasa

--------------------------

Kembali ke Drupal Garden Malaysia, akhirnya... :)

------

~heroes was not the strongest,but the bravest one~

parasolx
parasolx's picture
Admin

Drupal 8 terlalu banyak fungsi dan penambahbaikan yang dibuat sehinggakan tempoh untuk pembangunannya shaja sudah hampir 3 tahun. satu tempoh yang terlalu lama bagi life cycle development sesuatu software.

walau bagaimanapun rasanya Drupal 8 lebih terlalu menekan kepada ability untuk mudah digunakan oleh orang kebanyakan. tetapi masih perlu mengikuti latihan dan tutorial daripada laman-laman tertenu bagi yang baru belajar.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

salam semua, kenapa komuniti ini nampak macam tak aktif seperti parasox dulu?. Berkenaan dengan drupal 8, pada masa ini saya masih belum berani untuk upgrade dari drupal 7. 

parasolx
parasolx's picture
Admin

salam tuan, mungkin disebabkan peralihan daripada domain sebelum ini kepada domain yang baru. pihak kami pula sekarang agak sibuk dengan beberapa projek yang perlu diselesaikan setiap hari. mungkin jika ada ruang, kami akan atur semula jadual untuk mengaktifkan portal ini.

berkenaan dengan upgrade ke drupal 8, buat masa sekarang boleh dikatakan agak selamat untuk upgrade daripada D7 kepada D8. kami telah laksanakan satu projek menggunakan D8 dan ternyata, ianya memang lebih berkuasa berbanding D7. tidak salah sekiranya ingin mencuba D8. ianya satu pengalaman yang sangat berlainan berbanding D7.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training