1 post / 0 baru
parasolx
parasolx's picture
Admin
Mekanisma kawalan pendaftaran akaun pengguna

Kami menyediakan perkhidmatan secara percuma atas talian bagi penyediaan tutorial dan pembelajaran secara atas talian. Bahagian forum merupakan ruangan kritikal memerlukan kawalan dari segi kandungan dan pendaftaran pengguna. Selain mengguna pakai perkhdimatan Mollom, satu mekanisma kawalan pendaftaran akaun pengguna telah diwujudkan. Ini bagi memastikan setiap pos kandungan di forum adalah berkaitan dengan pembangunan laman web terutama Drupal sahaja.

Setiap akaun baru yang didaftarkan, akaun pengguna akan ditag dengan status "Baru" selama 14 hari. Ini bagi membantu ahli komuniti lain mengetahui tahap penglibatan seseorang di portal ini. Tempoh selama 1 bulan dari usia akaun dicipta merupakan tempoh peralihan. Setiap komen dan pos yang dihantar akan melalui proses pengesahan oleh pihak pentadbir.

Selepas tempoh peralihan tamat, akaun anda ditukarkan tahap kepada status "Kekal". Status ini dipaparkan pada avatar dengan tandaan "tick" berwarna hijau. Sistem akan secara berkala menghantar emel untuk mengingatkan mengenai keaktifan akaun selepas status "Kekal" diperolehi. Akaun jenis ini tidak akan melalui sebarang proses pengesahan oleh pihak pentadbir untuk semua komen dan pos.