6 posts / 0 baru
Pos terakhir
Form dalam drupal 7

Salam,

Untuk pengetahuan admin, saya sedang cuba membina satu sistem permohonan dan permohonan tersebut akan dinilai kelulusan dan dilayan oleh pegawai. Ia juga seperti sistem ticketing. Mohon bantuan menberikan tips-tips dan apakah modul-modul yang terlibat bagi membina sistem ini?

Sekian, terima kasih.

parasolx
parasolx's picture
Admin

salam,

paling mudah yang boleh dicadangkan adalah membuat satu content type nama "Permohonan". masukkan semua field yang diperlukan. berikan kebenaran dan permission yang sesuai kepada pengguna untuk boleh isi borang tersebut.

seterusnya gunakan modul workflow (https://www.drupal.org/project/workflow) untuk kita bina alir kerja. alir kerja ini perlu ada semua state (staging) mengikut business model yang diperlukan. akhirnya tetapkan alir kerja kepada content type permohonan tadi.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

parasolx
parasolx's picture
Admin

dah dapat buat form yang dikehendaki? atau masih sangkut di bahagian mana-mana?

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Terima kasih.. saya cuba dulu. Nanti saya maklumkan resultnya.. 

Saya dah cuba content type nama permohonan, tapi ia macam nampak tidak sesuai untuk user anonymous. Saya cuba pula guna webform, menjadi form tersebut dan user anonymous boleh isi, cuma bila kita nak di proses oleh user_auth1 sebelum di forward kepada user_auth2 untuk diproses/diberi maklumbalas saya stuck sekejap.. keliru.. adakah perlu ada token untuk setiap permohonan? 

parasolx
parasolx's picture
Admin

Guna Webform adalah antara solution yang boleh dibuat. Kebiasaanya Webform kita guna untuk kumpul maklumat seperti survey atau pendaftaran penyertaan. Boleh diteruskan dengan menggunakan Webform. Tapi perlu diintegrasi dengan workflow.

Perlu muat turun modul ini: https://www.drupal.org/project/webform_workflow

Modul ini berfungsi untuk menyediakan aliran kerja bagi setiap data yang diterima.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Log in or register to post comments