10 posts / 0 baru
Pos terakhir
parasolx
parasolx's picture
Admin
Proses pembersihan akaun lama

Sewaktu Drupal Note Malaysia dilancarkan, kita masih mengekalkan senarai akaun daripada sistem Kripkorn Studios. Migrasi akaun sebanyak 3000+ telah berjaya dijalankan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, akaun-akaun ini tiada jaminan masih wujud sama ada pemilik atau akaun dicipta secara rambang.

Bagi memastikan Drupal Note mengekalkan kredibiliti terhadap akaun-akaun ini, satu mekanisme semakan telah diimplemen ke dalam sistem. Sistem akan membuat semakan dengan menghantar emel makluman terhadap semua akaun-akaun ini. Selepas tempoh sebulan (1) emel pertama dihantar, anda perlu untuk log masuk ke dalam sistem sekurang-kurang sekali. Ini bagi memaklumkan kepada sistem bahawa pemilik akaun adalah wujud.

Selepas tempoh ini tamat, emel kedua akan dihantar untuk memaklumkan bahawa akaun tersebut telah dihalang (blocked). Anda masih berpeluang untuk mengaktifkan akaun yang telah dihalang dengan memohon pengaktifan secara manual menerusi borang log masuk. Sistem akan menghasilkan kata laluan yang baru untuk anda aktifkan menerusi akaun emel yang digunakan semasa pendaftaran.

Dalam tempoh 8 bulan dari tarikh pelancaran iaitu pada 25 Disember 2015 (Hari Krismas), semua akaun yang telah dihalang akan dibuang daripada sistem secara automatik. Anda perlu mencipta akaun baru sekiranya tindakan ini telah diambil.

Seandainya anda mempunyai masalah dalam mengaktifkan semula akaun, sila hantarkan maklum balas ke email info[at]drupalnote.my bagi bantuan lanjut.

Patutlah cari Kripkorn Studios kat google tak jumpa..dah migrate ke dnote pula rupanya.

parasolx
parasolx's picture
Admin

yea betul. pihak kami telah mengambil alih sepenuhnya kripkorn studios dan dimigrasi kepada Drupal Note. tujuan untuk fokus kepada pembangunan laman web menggunakan CMS drupal

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

drupalnote
drupalnote's picture
Admin

Masih berbaki selama 2 bulan sahaja lagi bagi proses pembersihan akaun-akaun yang sedia ada. Pastikan anda yang telah mendaftar dalam sistem sebelum ini untuk mengesahkan semula akaun dengan log masuk sahaja ke dalam sistem Drupal Note Malaysia.

Sekiranya tindakan ini dilaksanakan, semua maklumat peribadi akan dibuang daripada pangkalan data. Anda perlu melalui proses pendaftaran semula dan akaun akan diset kepada akaun baharu.

Sebarang permasalah mengenai proses ini, sila maklumkan kepada pihak kami di alamat emel: info[at]drupalnote.my

Terima kasih parasolx sebab enble kan balik account, patut la selama ni cari kripkorn dah xde , rupa nya penjenamaan baru.

Keep it up !

parasolx
parasolx's picture
Admin

Sama2. sistem masih lagi dalam fasa pembangunan dan masih menunggu tempoh untuk membuang daya-daya lapuk. terutamanya akaun pengguna daripada sistem sebelum ini. memang akan banyak yang rasanya tak valid dan penuh dengan akaun spam.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

drupalnote
drupalnote's picture
Admin

E-mel peringatan terakhir telah dijana secara automatik pada hari ini sebagai peluang terakhir kepada pemegang akaun untuk mengaktifkan akaun. Aktiviti pembersihan akan dilaksanakan secara berperingkat pada 27 Disember 2015.

Salam....Maaf admin Parasolx, saya terlepas pandang terhadap akaun saya selama ini. Bukannya tidak melawat website kripkorn Studio tetapi saya lupa nama pengguna dan kata laluan dan pula sibuk sedikit dengan blog.

Saya harap akaun saya diaktifkan kembali. Saya dah cuba log in dengan menghantar emel ke drupalnote tetapi tidak ada dalam sistem anda?

Apakah langkah seterusnya agar akaun saya boleh digunakan. Jika saya buat pendaftaran baru, emel anda sudah didaftarkan. Contoh spt di bawah.

The e-mail address kamil.salleh@gmail.com is already in the system, you have an account here. Please login, or if you've forgotten your password, request a new password.

Rupanya Kripkorn Studio dan bertukar ke DrupalNote. Diharap akaun saya boleh diaktifkan semula kerana saya teringin untuk belajar berkaitan DrupalNote yang banyak membantu saya dengan pembelajaran terbaik tentang Drupal terkini bagaimana membina sesuatu laman web dll.

parasolx
parasolx's picture
Admin

Salam Tuan,

Akaun tuan telah diaktifkan sepenuhnya. Mohon untuk log masuk menggunakan ID yang diberikan. Jika tidak boleh guna fungsi lupa kata laluan untuk set semula kata laluan.

Sekian, terima kasih.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Log in or register to post comments