3 posts / 0 baru
Pos terakhir
parasolx
parasolx's picture
Admin
Selamat datang, DrupalNote.my

Selamat datang ke Drupal Note Malaysia (drupalnote.my).

Portal komuniti ini merupakan sambungan projek "Kripkorn Studios" yang telah menunjukkan tahap kejayaan di peringkatnya tersendiri. Melihat kepada beberapa aspek kelebihan yang dimiliki oleh projek sebelum ini, kami mengambil alih sepenuhnya semua perkara termasuk aspek pengurusan dan harta intelek. Kini, Kripkorn Studios (KS) telah dijenamakan semula kepada Drupal Note (DN).

Proses menjenamakan semula ini bertujuan untuk memberi tumpuan dan fokus kepada satu sistem pembangunan sumber terbuka yang sedia ada. Berbanding KS terdahulu yang memerlukan penyelenggaraan untuk dua sistem berbeza, Drupal Note kini dibina dan dibangunkan sepenuhnya dengan Drupal 7. DN menggunakan sepenuhnya teknologi dan kekuatan Drupal. Integrasi antara modul dan fungsi lebih senang dilaksanakan.

Pada peringkat awal pelancaran, masih banyak kod yang perlu diperkemas termasuklah paparan untuk mobil dan tablet. Pihak kami masih bekerja untuk memastikan paparan yang terbaik diperoleh oleh semua pengunjung walau berbeza peranti dan operasi sistem.

Sebagai makluman, Drupal Note diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan syarikat Hadafi Solution & Resources bermula daripada tempoh pelancarannya.

Apa maksud "dua sistem berbeza" tu ?

parasolx
parasolx's picture
Admin

sebelum ini portal kripkorn studios kami gunakan dua sistem CMS iaitu Drupal (yang sekarang) dan juga phpBB (untuk forum). Malangnya kita tidak berupaya untuk migrate data forum dan terpaksa bermula semula kandungan forum.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Log in or register to post comments