Penerimaan Terma dan Syarat

Sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Drupal Note Malaysia adalah tertakluk kepada terma penggunaan (Terms of Use, TOU). Pihak Drupal Note Malaysia berhak untuk meminda dan mengemas kini terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa mendapat persetujuan daripada ahli dan pengguna. Kandungan terma dan syarat yang terkini adalah dipaparkan di bahagian bawah laman dengan klik pada pautan yang disediakan.

1. Maksud "Perkhidmatan"

Merangkumi ke semua jaringan, kandungan, maklumat, data, sumber, muat turun, forum komunikasi, maklumat produk, dan lain-lain yang boleh diakses oleh pengguna berpunca daripada domain drupalnote.my. Perkhidmatan juga termasuk kemas kini, tambah baik, fungsi baru dan/atau penambahan sifat-sifat web ini yang tertakluk kepada TOU.

2. Penggunaan persendirian dan Bukan Komersil

Melainkan ianya dinyatakan dalam mana-mana ruangan, Perkhidmatan adalah untuk kegunaan persendirian dan bukan jenis komersil. Anda tidak boleh mengubah suai, menyalin, menyebar, menterjemah, memaparkan, melaksanakan, menghasilkan kembali, menerbitkan, melesenkan, mencipta salinan pendua, memindahkan, atau menjual apa jua maklumat, perisian, produk atau perkhidmatan yang diperoleh daripada Perkhidmatan ini.

3. Keselamatan dan Perlindungan maklumat peribadi

Sila rujuk polisi "Keselamatan dan Perlindungan" berhubung permintaan dam penggunaan maklumat peribadi anda.

4. Notis Perisian, Tutorial dan Sumber di laman ini

Sebarang perisian, tutorial dan sumber yang boleh dimuat turun di bawah Perkhidmatan daripada laman ini adalah sepenuhnya dimiliki dan hak cipta Drupal Note Malaysia. Penggunaan perisian, tutorial dan sumber secara tetapnya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui.

Sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan perisian, tutorial dan sumber daripada Perkhidmatan adalah diluar tanggung jawab Drupal Note Malaysia; yang mana anda perlu bersetuju dengan syarat dan terma penggunaan yang telah ditetapkan.

5. Notis Dokumen terperinci di laman ini

Kebenaran khas kepada Dokumen yang diperoleh daripada Perkhidmatan laman ini adalah tertakluk kepada (1) hak cipta asal yang dinyatakan pada setiap dokumen adalah sah dan tidak boleh dibuang (2) penggunaan Dokumen daripada Perkhidmatan adalah untuk tujuan maklumat dan untuk penggunaan persendirian; bukan tujuan dikomersilkan; tidak boleh dicetak, disalin dan dimuat naik semula dalam sebarang jaringan atau media (3) dan haruslah tiada sebarang pindaan dibuat terhadap Dokumen yang diperoleh.

6. Akaun pengguna, kata laluan dan keselamatan

Sekiranya terdapat Perkhidmatan yang memerlukan anda untuk membuka akaun pengguna, anda perlu melengkapkan ke semua maklumat yang diperlukan dengan menyertakan data-data dan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini seperti yang tertera pada borang pendaftaran. Anda dibenarkan untuk memilih nama akaun dan kata laluan.

Anda adalah bertanggung jawab untuk menjaga dan menyimpan maklumat peribadi iaitu kata laluan. Anda bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak Drupal Note Malaysia sekiranya terdapat aktiviti tanpa izin yang berlaku terhadap akaun anda atas dasar keselamatan.

7. Keselamatan akaun peribadi

Drupal Note Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin berlaku akibat daripada orang lain yang menggunakan kata laluan atau akaun anda, sama ada dengan atau tanpa pengetahuan anda.

Walau bagaimanapun, anda boleh pertanggungjawabkan kerugian yang ditanggung oleh Drupal Note Malaysia atau pihak lain kepada pelaku yang menggunakan akaun atau kata laluan anda. Anda tidak boleh menggunakan akaun orang lain pada bila-bila masa, tanpa kebenaran daripada pemegang akaun.

8. Menyalahi undang-undang dan larangan penggunaan

Sebagai syarat penggunaan Perkhidmatan oleh anda, anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan ini untuk apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh terma, syarat, dan notis. Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, atau menjejaskan mana-mana pelayan Drupal Note Malaysia, atau rangkaian yang berhubung dengan mana-mana pelayan Drupal Note Malaysia, atau terlibat dengan lain-lain pihak yang mengakibatkan gangguan terhadap Perkhidmatan. Anda tidak boleh mendapatkan atau cuba untuk memperoleh apa-apa bahan atau maklumat selain yang disediakan melalui Perkhidmatan.

9. Penggunaan Perkhidmatan

Perkhidmatan mungkin mengandungi perkhidmatan e-mel, perkhidmatan papan buletin, berita, forum, komuniti, laman web peribadi, kalendar, album foto, kabinet fail dan/atau kemudahan / mesej atau komunikasi yang disediakan untuk membolehkan anda berkomunikasi dengan pengguna lain. Anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan komunikasi hanya untuk menghantar dan menerima mesej dengan maklumat yang betul.

10. Had komunikasi

Anda secara tidak langsung semasa menggunakan Perkhidmatan di laman ini, melalui komunikasi, adalah perlu untuk TIDAK melakukan perkara-perkara yang dinyatakan seperti berikut:

  • Menggunakan Perkhidmatan untuk tujuan tinjauan, pertandingan, skim piramid, surat berantai, e-mel sampah, spam atau sebarang mesej duplikasi atau tidak diminta (komersil atau sebaliknya).
  • Memfitnah, penderaan, mengganggu, mengancam atau melanggar hak-hak undang-undang (seperti hak peribadi dan publisiti) orang lain.
  • Menerbitkan, menyiarkan, memuat naik, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa yang tidak sesuai, karut, fitnah, lucah, tidak senonoh atau menyalahi undang-undang merangkumi topik, nama, bahan atau maklumat.
  • Memuat naik, atau dengan cara lain, fail yang mengandungi imej, foto, perisian atau bahan lain yang dilindungi oleh undang-undang harta intelek, termasuk hak cipta atau tanda niaga melainkan jika anda memiliki atau mengawal hak kepadanya atau menerima segala kebenaran yang diperlukan untuk melakukan perkara yang sama.
  • Memuat naik fail yang mengandungi virus, trojan, cecacing, bom masa, fail rosak, atau mana-mana perisian lain yang diprogram untuk merosakkan operasi komputer atau harta lain yang serupa.
  • Mengiklankan atau menawar untuk menjual atau membeli apa-apa barang atau perkhidmatan untuk tujuan perniagaan, kecuali Perkhidmatan yang memerlukan komunikasi menerusi mesej tersebut.
  • Mengumpul maklumat mengenai pengguna lain, termasuk alamat e-mel.
  • Mewujudkan satu identiti palsu untuk tujuan mengelirukan pihak lain.