Cookies dan teknologi seerti

Website Drupal Note menggunakan "cookies", teks fail kecil yang disimpan pada peranti pengguna, untuk membantu dalam pengoperasian website ini dan mengumpul maklumat berkaitan aktiviti atas talian. Sebagai contoh, kami menggunakan cookies untuk menyimpan tetapan akaun, bantuan semasa proses log masuk, penyediaan iklan tertentu, mengatasi capaian tidak sah, dan melakukan analisis untuk pengoperasian.

Kami juga menggunakan cookies dan JavaScript untuk tujuan penganalisaan. Maklumat ini akan dihantar kepada perkhidmatan ketiga (Google Analytics) sebagai agen yang akan melakukan analisa data.

Anda berhak untuk mengawal cookies dan teknologi seerti menerusi pelbagai alatan bantuan seperti:

  • kawalan perisian pelayar untuk menghalang penggunaan cookies
  • kawalan terhadap pengiklan, menerusi fungsi tambahan pada perisian pelayar
  • kawalan terhadap pengaktifan JavaScript bagi pengumpulan data yang akan dihantar ke pihak ketiga

Pengumpulan maklumat pengguna

Drupal Note Malaysia akan mengumpul beberapa jenis maklumat daripada pengguna bagi memastikan sistem dapat beroperasi dengan baik dan menyampaikan bentuk perkhidmatan yang terbaik.

Kami akan mengumpul maklumat semasa pendaftaran, log masuk dan menggunakan lain-lain perkhidmatan di laman ini. Pihak kami mungkin juga akan mendapatkan maklumat daripada pihak ketiga (sekiranya perlu).

Kami mengumpul maklumat ini menerusi pelbagai medium dan kaedah seperti borang pendaftaran, teknologi seperti cookies, maklumat log masuk dan maklumat perisian pada peranti yang digunakan.

Penggunaan maklumat pengguna

Drupal Note Malaysia akan menggunakan maklumat pengguna bagi tujuan pengoperasian, peningkatan, penambahbaikan dan personalisasi bagi setiap produk dan perkhidmatan yang kami sediakan.

Kami juga menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan komunikasi, sebagai contoh untuk pemakluman mengenai aktiviti akaun, keselamatan, promosi, hebahan, pengumuman dan notifikasi.

Dan kami juga menggunakan maklumat tersebut bagi memaparkan kandungan iklan yang lebih relevan dan tepat.

Sebab kami berkongsi maklumat pengguna

Kami hanya akan berkongsi maklumat pengguna apabila mendapat kebenaran daripada pihak anda. Maklumat-maklumat yang dikongsi hanya kepada pihak ketiga yang telah dipastikan mempunyai kerjasama yang tertakluk kepada terma dan syarat pihak kami. Atau kami terpaksa berkongsi maklumat jika diperlukan atas perundangan dan menjawab kepada tindakan perundangan; menjaga keselamatan dan harta intelek kami; menjaga kepentingan pengguna lain.

Akses maklumat pengguna

Drupal Note Malaysia membenarkan anda untuk mengakses dan menyunting maklumat pengguna dari semasa ke semasa. Suntingan ini memerlukan anda untuk log masuk ke dalam sistem terlebih dahulu. Capaian akses maklumat peribadi anda juga bergantung kepada bahagian atau perkhidmatan yang anda gunakan.

Paparan pengiklanan

Kebanyakan iklan-iklan yang dipaparkan di laman Drupal Note Malaysia adalah dikendalikan menerusi sistem pengiklanan terbina di dalam. Setiap iklan yang dipaparkan kepada anda, kami akan menempatkan satu atau lebih cookies pada peranti bagi mengenal pasti komputer anda bagi tujuan pengiklanan. Sepanjang tempoh penggunaan perkhidmatan ini, kami akan cuba menambah baik maklumat pengiklanan agar ianya tidak mengganggu dan lebih relevan kepada keperluan anda.

Suntingan komunikasi

Anda boleh menamatkan sebarang perkhidmatan komunikasi menerusi emel yang telah ditetapkan oleh Drupal Note Malaysia dengan berpandukan kepada arahan dan panduan yang dinyatakan dibahagian bawah kandungan emel. Anda juga boleh mengubah suntingan menerusi profil akaun yang boleh dikemas kini setelah proses log masuk berjaya.

Lokasi dan perkhidmatan

Sesetengah perkhidmatan dan fungsi memerlukan anda untuk berkongsi lokasi bagi tujuan personalisasi dan pengalaman penggunaan perkhidmatan. Maklumat lokasi mungkin merangkumi identiti data menara komunikasi, hotspot WIFI, dan juga data Global Position System (GPS).

Maklumat pembayaran

Maklumat pembayaran merangkumi informasi yang anda berikan semasa pembelian/pembayaran secara atas talian. Ia termasuklah nombor pengenalan pembayaran (contoh: kad kredit, PayPal), nama, alamat penghantaran bil dan kod sekuriti atau pengesahan bagi bentuk pembayaran yang digunakan (contoh: CVV atau CSV).

Akaun Drupal Note

Akaun Drupal Note merupakan satu bentuk perkhidmatan yang membenarkan anda untuk log masuk seterusnya menggunakan perkhidmatan, produk dan web; atau mana-mana rangkaian perkhidmatan di bawah Drupal Note Malaysia. Semasa pendaftaran akaun baru, kami akan memohon anda untuk mengisi maklumat yang diperlukan. Apabila anda log masuk ke dalam sistem, kami akan mengumpul maklumat-maklumat tertentu bertujuan untuk mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun yang sah; dan menghalang sebarang pencerobohan atau akses tanpa izin.

Kami juga akan mengguna pakai maklumat demografik seperti umur, jantina, tempat bekerja, kepakaran, kemahiran — tidak termasuk nama akaun dan emel — bagi pengiklanan dan pengalaman penggunaan.

Lain-lain maklumat

Hubungi kami