Siapa kami

Drupal Note Malaysia dibangunkan bertujuan untuk menyediakan satu portal pembelajaran secara maya atau atas talian dalam pembangunan laman web. Drupal Note Malaysia merupakan satu komuniti yang dijenamakan semula daripada projek sebelum ini yang dikenali sebagai Kripkorn Studios.

Pada asalnya, Kripkorn Studios dibangunkan sebagai satu projek "suka-suka" sahaja pada tahun 2008. Setelah kekal di laman web lebih kurang empat tahun, projek ini mula mengambil langkah serius dengan menyediakan pelbagai tutorial dan artikel berkaitan dengan pembangunan laman web. Projek ini kemudiannya terhenti seketika pada tahun 2013 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Pada tahun 2015, projek ini dibangkitkan semula dengan melakukan beberapa penambahbaikkan terhadap sistem, paparan, dan objektif yang lebih tertumpu kepada penggunaan sistem pengurusan kandungan (CMS) Drupal. Masih dengan konsep asal, kini Drupal Note dilancarkan dengan nafas baru untuk menggantikan projek sebelum ini.

Drupal Note Malaysia dibangunkan sepenuhnya menggunakan enjin pemacu CMS Drupal tanpa kebergantungan dengan mana-mana sistem tambahan yang lain. Proses penyelenggaraan dan penambahbaikan berterusan dijalankan untuk memastikan sistem dan kepenggunaan hub ini berada di tahap yang paling optimum.

Drupal Note menyediakan dua bentuk perkhidmatan iaitu percuma dan berbayar. Artikel dan tutorial yang disediakan diklasifikasikan berdasarkan kepada pelepasan hak cipta daripada Hadafi Solution & Resources dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah termaktub.

Perkhidmatan percuma membenarkan sesiapa sahaja untuk mencapai dan akses kandungan artikel yang diterbitkan, sama ada sebagai orang awam atau daftar sebagai keahlian Drupal Note. Manakala perkhidmatan berbayar memerlukan pengesahan terhadap langganan yang ditempah sebelum capaian penuh diberikan menerusi pengurusan sistem.​

Statistik

Tutorial Drupal: 159
Premium: 11

Reka bentuk

Nama: DrupalNote Malaysia
Pembangun: Hadafi Solution & Resources
Idea dan pereka bentuk: Mohd Hadafi