Drupal Note Malaysia badge

Drupal Note Malaysia adalah satu kesinambungan projek sebelum ini yang dikenali sebagai Kripkorn Studios. Fokus kepada penyediaan tutorial, panduan dan pusat pembelajaran aplikasi sumber terbuka Drupal (https://www.drupal.org), Drupal Note merupakan satu-satunya portal komuniti yang menyediakan perkhidmatan seumpama ini.

Drupal Note adalah terjemahan daripada perkataan "nota Drupal" adalah satu platform yang mengumpulkan artikel, tutorial dan nota pembelajaran secara atas talian. Ke semua artikel yang disiarkan dalam portal ini sepenuhnya menggunakan bahasa Malaysia (bahasa Melayu). Ianya adalah satu usaha menyediakan ruang alternatif kepada pembangun laman web selain laman rasmi Drupal.org.

Misi dan Visi

Kami meletakan profesionalisme sebagai tunjang utama dalam setiap perkhidmatan bagi menyokong misi:

  • mempromosi sistem sumber terbuka Drupal
  • menyediakan ruang pembelajaran atas talian bertaraf profesional
  • meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai pembangunan laman web

Latar belakang

Projek ini telah dimulakan semenjak tahun 2008 dengan menggunakan platform Drupal versi 6 sebagai tulang belakang sistem. Portal komuniti ini seterusnya menggunakan platform phpBB (https://www.phpbb.com) sebagai enjin untuk pengurusan ruangan forum.

Akibat kengkangan terhadap proses penyelenggaraan, pengurusan dan integrasi pada setiap kali aktiviti kemas kini, satu inisiatif baru untuk menaik taraf portal komuniti ini kepada Drupal versi 7 dimulakan. Projek tersebut dinamakan sebagai "Projek d.Note". Proses ini memakan masa lebih kurang setahun yang merangkumi proses merangka semula penyusunan kandungan, reka bentuk laman dan migrasi data. Pada 27 April 2015, projek d.Note telah dilepaskan secara rasminya dengan menggunakan domain drupalnote.my.

Pengurusan

Kesinambungan projek ini adalah antara elemen utama yang dititikberatkan. Bagi memastikan projek ini tetap bernafas, sumber kewangan diperlukan untuk membiayai tapak pengehosan web dan sumber manusia. Oleh sebab itu, langkah untuk menyerahkan sepenuhnya Projek d.Note diberikan kepada sepenuhnya kepada syarikat Hadafi Solution & Resources (002296215-M). Segala hak cipta, kandungan dan maklumat adalah di bawah privasi syarikat tersebut.