Setiap kali kemunculan versi terbaru Drupal pasti akan berlaku penambahbaikkan dari segi fungsi, prestasi, kemampuan, fleksibiliti, paparan dan keselamatan. Tutorial ini akan cuba untuk mengupas seberapa banyak informasi dan maklumat mengenai perbandingan antara D6 dan D7.

D6 vs D7: Prestasi (Komen + Node)

Perbandingan ini telah diambil dari satu blog yang menjalankan perbandingan ketika D7 masih dalam versi "alpha". Perbandingan ini telah dijalankan memuatkan Node dan Comment pada satu nilai yang tinggi untuk menilai prestasi sebenar. Hasil dari kajian tersebut, mendapati D7 adalah lebih pantas dalam capaian dan pemprosesan data berbanding D6.

Dalam D7, pembinaan struktur Node ditingkatkan dengan satu fungsi API yang baru iaitu drupal_render(). Berbanding dalam D6 yang menggunakan node_load() dan drupal_lookup_path() yang akan membaca dan memproses semua maklumat berkaitan satu-satu node walaupun tidak semua elemen perlu dipaparkan.

Dalam drupal_render(), hanya elemen tertentu sahaja yang diperlukan sahaja akan dipaparkan. Ini mengurangkan bilangan permintaan capaian sekaligus mempercepatkan proses paparan data.

  Drupal 6 Drupal 7
1 node, 0 komen 15.84 [#/saat] 42 queries dalam 26.76 ms. 9.29 [#/saat] 39 queries dalam 25.2 ms.
1 node, 50 komen 4.17 [#/saat] 243 queries dalam 131.15 ms. 2.60 [#/saat] 91 queries dalam 50.76 ms.
50 node 1.87 [#/saat] 400 queries dalam 248.76 ms. 2.46 [#/saat] 87 queries dalam 47.55 ms.
1 node, 300 komen 0.97 [#/saat] 1244 queries dalam 808.31 ms. 0.87 [#/saat] 341 queries dalam 152.71 ms.
300 node 0.46 [#/saat] 2134 queries dalam 788.24 ms. 0.50 [#/saat] 337 queries dalam 271.23 ms.

Kebiasaanya apabila satu fungsi fleksibel diperkenalkan, sistem akan memula mengalami kemerosotan dari segi prestasi. Namun komuniti Drupal berjaya mengatasi masalah ini dengan memperkenal API drupal_render() yang dapat digunakan dalam proses templat.

Templat asal: Garland vs Bartik

Tempat Garland

Templat Bartik (dan Seven)

Garland, paparan yang diperkenalkan dari D5 menjadi satu kemestian kepada pengguna Drupal. Kajian dari D7UX mendapati templat ini sudah berusia dan bukan lagi diklasifikasi sebagai templat moden.

Dengan mengambil kira semua ini, satu templat yang baru templat untuk menghiasi paparan hadapan D7 iaitu Bartik. Tambahan, templat Seven juga dimuatkan yang digunakan untuk paparan administrasi. Kekeliruan pengguna baru antara bahagian laman dan pentadbiran kini sudah diselesaikan.

Toolbar untuk sistem pentadbiran

Dalam D6, pautan atau akses ke ruangan pentadbiran agak keliru bagi pengguna baru kerana ianya dipaparkan dalam bentuk blok bersama dengan pautan-pautan lain. Keadaan ini menjadikan ramai yang berputus asa pertama kali menggunakan Drupal.

D7 didatangkan dengan empat modul tambahan yang diaktifkan semasa pemasangan iaitu:

  • Dashboard -- menyedia satu ruangan untuk pemilik laman menempatkan elemen-elemen penting secara sendiri dalam satu paparan halaman seperti komen terbaru, entri terbaru dan pelbagai lagi.
  • Overlay -- membina satu lapisan di atas kandungan halaman untuk mengasingkan ruangan antara laman dan pengurusan
  • Toolbar -- memaparkan semua pautan-pautan pengurusan dibahagian paling atas laman. Mudah dan berkesan.
  • Shorcut -- membolehkan pembangun menempatkan pautan pantas untuk setiap ruangan pengurusan (mengurangkan bilangan klik dan pertukaran halaman)

Penilaian: 
4
Average: 4 (2 votes)