Jenis kandungan dan taksonomi, kedua-duanya memberikan fungsi yang hampir sama. Ianya membolehkan setiap kandungan dikategorikan dan diurus dengan lebih sempurna. Tetapi, kenapa perlu wujud dua elemen yang memberikan fungsi yang sama dalam Drupal?

Walaupun kedua-duanya mempunyai tanggungjawab yang hampir sama, setiap satu menyediakan fungsi yang berlainan pada situasi dan keadaan yang berbeza.

Perbezaan yang ketara antara jenis kandungan dan taksonomi

Jadual di bawah menerangkan perbezaan yang ketara antara kedua-dua elemen ini.

Jenis kandungan (Content type) Taksonomi (taxonomy)
modifikasi paparan template adalah untuk setiap satu jenis kandungan modifikasi templat melibatkan ke semua taksonomi
satu jenis kandungan tidak boleh mempunyai sub-sub jenis kandungan tiada sebarang had untuk penghasilan sub-taksonomi untuk setiap terma
klasifikasi terhad kepada jenis kandungan tersendiri -- tiada klasifikasi bersilang (cross over) klasifikasi tidak terhad -- satu terma boleh digunakan pada semua jenis kandungan

Bila perlu gunakan jenis kandungan?

Apabila:

  • klasifikasi melibatkan modifikasi templat yang berlainan untuk setiap paparan
  • berbilang pengguna menggunakan borang penghantaran yang sama
  • setiap kandungan memerlukan spesifikasi yang berlainan setiap satu

Bila perlu gunakan taksonomi?

  • semua kandungan perlu diindeks tanpa mengira jenis kandungan
  • satu-satu kandungan memerlukan klasifikasi berbilang (satu kepada banyak)
  • banyak kandungan kepada satu klasifikasi (banyak kepada satu)
  • banyak kandungan kepada banyak klasifikasi (banyak kepada banyak)
  • pengelasan kandungan secara hierraki dan kompleks

Hubungan antara jenis kandungan dan taksonomi


Anak panah merah -- satu hala, anak panah biru -- dua hala

Taksonomi membolehkan klasifikasi antara jenis kandungan berbilang dihubungkan pada satu atau banyak. Antara taksonomi sendiri juga boleh dihubungkan untuk mewujudkan klasifikasi serupa. Satu taksonomi yang sama boleh menghubungkan satu atau lebih jenis kandungan.

Jenis kandungan tidak dapat dihubungkan antaranya tetapi pelru melalui perantaraan taksonomi.

Penilaian: 
4
Average: 3.8 (4 votes)