Ketiga-tiga terminologi ini dirangkulkan bersama-sama dalam satu muka penerangan memandangkan mereka saling bersangkut paut. Cara penggunaan dan penetapan diterangkan dengan lanjut pada tahap tutorial yang seterusnya.

Konsep "region"

Keseluruhan paparan laman Drupal dibina dan diterapkan dengan beberapa pembahagi kawasan iaitu "region". Ianya memegang kawasan utama seperti ruangan utama kandungan,  "header", "footer" dan "sidebar". Ia boleh ditetapkan secara manual menerusi fail-fail templat (seperti penambahan ruang maklumat).

Konsep "block"

Blok atau "block" merupakan gugusan informasi yang didatangkan dalam bentuk pakej. Ia dipaparkan diruangan "region" sahaja yang ditetapkan menerusi ruangan administrasi. Blok boleh terhasil dari penghasil pakej menu atau dari modul. Paparan maklumat dalam blok boleh bertindak secara dinamik (setiap maklumaat diproses menerusi beberapa aturcara atau penghasilan data menerusi module) atau secara statik (dihasilkan secara manual).

Konsep "menu"

Manakala menu adalah pautan-pautan yang terdapat pada laman. Terdapat tiga (3) pakej menu yang didatangkan semasa proses pemasangan Drupal iaitu: Primary links, Secondary Links dan Navigation. Sesetengah tema Drupal telah menetepkan kedudukan untuk pakej menu Primary dan Secondary Links.

Manakala blok Navigasi menyenaraikan menu-menu yang boleh digunakan sebagai jalan pintas untuk melakukan sesuatu atau klik pada pautan. Kelebihan lain adalah anda boleh membina pakej menu sendiri dan memaparkannya dalam bentuk blok.

Susunan setiap menu boleh ditetapkan dalam beberapa cara sama ada menentukannya melalui pemberat (weight) atau tarik dan heret untuk menyusunnya.

Penilaian: 
3
Average: 3 (2 votes)