Jenis-jenis kandungan dalam Drupal

Pada pemasangan asas, Drupal mempunyai 2 jenis kandungan sahaja iaitu Page dan Story. Jenis kandungan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan penggunaannya adalah bergantung kepada anda. Walau bagaimanapun, jika anda mengaktifkan module, Administer > Modules, anda akan dapat melihat lebih banyak jenis kandungan.

  • Blog Entry - jenis kandungan khas untuk menulis blog
  • Book page - membuat artikel dalam bentuk buku atau berbilangan muka untuk tajuk yang sama
  • Comment - jenis kandungan khas untuk komen pengguna
  • Forum - jenis kandungan berasaskan kepada forum
  • Page - jenis kandungan untuk artikel biasa berbilang
  • Poll - undian
  • Story - jenis kandungan untuk artikel semuka biasa

Anda boleh menambah jenis kandungan dengan mengklik Administer Content types Add content type.

Anda juga boleh menggunakan CCK untuk menambah Field atau Flow bagi kandungan anda.

Kelebihan pelbagai jenis kandungan

Melalui pengelasan untuk setiap jenis kandungan ini membolehkan kita sebagai pembangun laman web mengubah suai dan mereka bentuk untuk paparan laman yang berlainan untuk setiap jenis kandungan.

Dalam erti senang, paparan untuk jenis kandungan Blog boleh diubah suai berlainan dari jenis kandungan lain seperti Forum atau Page tetapi hanya melibatkan bahagian Blog sahaja. Kelebihan ini membolehkan anda memodifikasi setiap laman dengan berlainan reka bentuk dan citarasa rekaan seolah-olah ia kelihatan seperti 2 laman web yang berbeza.

Selain itu, kepelbagaian jenis kandungan juga memudahkan kita untuk menguruskan segala kandungan yang berkaitan sahaja dan tidak melibatkan keseluruhan kandungan yang lain. Ini menjadikan Drupal terlalu fleksibel tetapi terlalu tepat dalam menguruskan sesuatu arahan.

Penilaian: 
Average: 3.3 (3 votes)

Komen

ha

Kelebihan Pelbagai Jenis Kandungan

kurang faham ape yg nk disampaikan ehhehhee

parasolx's picture
Admin

Contohnya begini, untuk paparan Blog kita akan gunakan bentuk paparan seperti two colums, manakala Forum gunakan three columns. Jadi sekiranya satu artikel itu ditulis menggunakan jenis kandungan blog, maka paparan yang dikeluarkan adalah dalam bentuk 2 kolum, sekiranya kita menggunakan Forum, maka dia akan keluarkan tiga kolum.

Tetapi kedua-dua jenis kandungan ini akan menggunakan template yang sama. Yang berbezanya adalah bentuk paparan maklumat. Jadi tidak perlu untuk menghasilkan pelbagai tema untuk satu seksyen tetapi cukup dengan menggunakan content type sahaja untuk mengawal bentuk paparan untuk setiap jenis kandungan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ma

Apa maksud [img_assist|nid=2587|title=|desc=|link=none|align=center|width=527|height=202] pada ruangan Kelebihan Jenis Kandungan,(yang terletak antara perenggan 1 dan 2)?

parasolx's picture
Admin

sepatutnya ade bantuan gambar untuk penerangan mengenainya. tapi rasanya berlaku sedikit ralat kerana kita telah mengubah sistem ini sewaktu versi 4 dilancarkan baru-baru ini.

mungkin saya akan mengemas kini tutorial ini kemudian. terima kasih.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training