Sekiranya anda selalu melawat laman rasmi Drupal, Drupal.org, perkara yang selalu ditanya dan sentiasa bermain di laman tersebut oleh pengguna baru ialah apa itu NODE?

Node: nadi kepada Drupal

Node merupakan cebisan atau bahagian-bahagian kecil dalam sistem Drupal. Jika anda perhatikan pada tutorial sebelum ini, Drupal dibina daripada cebisan-cebisan atau kita panggilnya "fragment". Oleh kerana perkataan "fragment" agak panjang dan susah untuk diingat, maka Drupal memperkenalkan perkataan "node" bagi mewakili "fragment".

Node merupakan kekuatan atau keistimewaan Drupal yang menjadikannya lain dari mana-mana sistem pengurusan. Secara analogi untuk lebih faham, node diibaratkan sebagai batu bata. Sekiranya kita sudah mempunyai rangka (framework) atau tiang sesebuah rumah, maka dengan batu bata ini kita dapat membentuk dinding, dan boleh melakukan apa jua bentuk dinding tersebut.

Dengan kewujudan node juga menjadikan Drupal tersangat fleksibel yang mana anda boleh meletakkan node ini untuk dipaparkan di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk kepada tempat tertentu. Dengan erti kata mudah, jika kita mahu cebisan ini berada di bahagian bawah, hanya masukkan arahan supaya ia muncul dibahagian bawah laman.

Node ini jugalah yang akan membina sebuah laman web. Node boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti Forum, Page, Story, Komen, CCK, malahan anda juga boleh mencipta sendiri Node anda mengikut kesesuaian dan kemahuan.

Anda haruslah tahu bahawa setiap Node mempunyai jenis yang berbeza dan jenis-jenis ini akan dinyatakan pada ruangan Content Types. Setiap Node mempunyai ID, Title, Author dan atribut yang lain.

Bagaimana node berfungsi?

Kita ambil satu contoh; http://example.com/node/32. Ini bermaksud sistem utama Drupal (main core) akan mencapai, membaca dan memaparkan semua data dalam pangkalan data yang berkaitan dengan Node yang mempunyai ID bernilai 32. Ini termaksudlah Title, Komen, Penulis, Tarikh Dihantar, jenis node, ID Penulis dan sebagainya.

Apa itu Node?-8005

Kemudian, segala cebisan-cebisan yang berkaitan dengan Node ID 32 ini kemudiannya akan diletakkan dan disusun bergantung kepada templat utama Drupal. Maka seterusnya akan terhasilah satu paparan laman web yang lengkap.

Penilaian: 
3
Average: 3 (3 votes)