Drupal 7-9009Selepas keluaran versi Drupal yang terakhir iaitu Drupal 6 pada 13 Februari 2008, sekali lagi komuniti Drupal.org mengegarkan dunia dengan keluarannya yang terbaru iaitu Drupal 7 pada 7 Januari 2011. Pembangunan versi ini yang mengambil masa selama hampir tiga tahun dikemaskan dengan pelbagai fungsi dan pembaharuan dari segi penggunaan.

Selama tiga tahun, satu kempen yang dinamakan "Drupal 7 User Experience" dijalankan di beberapa buah universiti dengan mengambil ratusan pengguna dari setiap peringkat. Fokus utama kempen ini adalah untuk mengenal pasti kekurangan yang ada pada D6 terutamanya tahap kefahaman dan lengkung pembelajaran Drupal yang dikatakan sukar dan tinggi. Hasil daripada kajian yang dilakukan terbukti D7 telah mengatasi masalah dan ideologi Drupal yang hanya sesuai kepada pengguna pakar sahaja.

Selain itu, beberapa fungsi tambahan telah diserap masuk ke dalam pemasangan asas (Drupal core) yang sebelum ini dibangunkan oleh pihak komuniti menerusi modul-modul tambahan. Antara yang menarik adalah modul Content Construction Kit (CCK), Image dan Imagecache telah sepenuhnya menjadi tulang belakang D7 yang utama. Sangat sesuai untuk penulis blog mempunyai blog sendiri dengan Drupal.

Kelebihan dan kekuatan D7 boleh disimpulkan seperti bawah (anda boleh melihat fail Changelog.txt untuk senarai penuh).

Kandungan yang fleksibel

Bermula dari D5, Drupal dilabelkan sebagai sistem yang begitu fleksibel. Dalam D7 anda boleh menghasilkan medan sendiri secara bebas yang boleh digunakan pada jenis kandungan, pengguna, kandungan, komen dan taksonomi. Data-data disimpan dalam pangkalan data SQL, bukan SQL atau menggunakan storan luaran dari pengehosan web.

Templat yang dipertingkatkan

Dalam D6, setiap elemen yang diproses boleh dikawal sebelum ianya dipaparkan menerusi teknik "preprocessing". D7 menambah lagi fungsi sedia ada pada D6 bagi membolehkan kawalan dilakukan dengan lebih lagi spesifik menerusi Render API (baru) dan beberapa "hook" tambahan. Selain itu, fungsi RDF (Resource Description Framework) dimuatkan dalam teras menjadikan D7 satu-satu sistem CMS yang mampu menghasilkan laman web simentik.

Pengurusan dan pentadbiran

Paparan pengurusan dari hadapan (jenama Drupal) dipertingkatkan dengan adanya "dashboard", "toolbar" dan "overlay". Ini memudahkan pengguna hal-hal berkaitan dengan pentadbiran.

Fail dan gambar

Pengurusan gambar dan fail kini telah dimuatkan sepenuhnya ke dalam teras. Anda boleh menghasilkan pelbagai jenis, saiz dan bentuk paparan gambar. Dengan fungsi ImageCache yang diserap masuk, pemprosesan gambar boleh dilakukan secara terus. Dan pengendalian fail-fail boleh dilakukan secara umum (public) atau khas (private) bersama.

Kerangka cubaan sambungan automatis

Dengan menggunakan fungsi fleksibel yang ada pada Drupal, API yang dihasilkan mampu untuk disambung dan berintegrasi dengan perisian luaran. Dari dasar, Drupal menyediakan ruangan percubaan untuk melihat kesan dan hasil semasa proses tersebut dijalankan tanpa perlu menyentuh data-data yang sedang dipaparkan. Maknanya, proses cuba jaya boleh dilakukan tanpa perlu menutup laman.

Peningkatan dari segi sokongan pangkalan data

Seperti sebelum ini, Drupal menyokong pelbagai jenis lapisan capaian pangkalan data. Untuk D7, sokongan ini dikembangkan lagi dengan lebih banyak pilihan sambungan pangkalan data termasuk yang bukan jenis SQL seperti Oracle dan MariaDB.

Lebih stabil untuk pemasangan modul tambahan

Data-data yang dikembangkan dari sistem Drupal lebih tersusun dengan pelbagai API ditambah untuk membolehkan kestabilan yang utuh apabila D7 berinteraksi dengan modul tambahan. Ini termasuklah modul Views, Pathauto dan WYSIWYG.

Penilaian: 
5
Average: 4.4 (5 votes)

Komen

blogger_boy's picture

perh 3 tahun tuh..
aku ingat nk mula balik start selongkar drupal nie.
sblom nie mmg amat bz, nak masuk KS pom x sempat

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

abi Danial's picture

Drupal 7 memang best, tapi, dari segi kelajuan, agak kurang berbanding d6, banyak orang mengeluh mengenai benda ni, termasuklah aku sendiri.

Mungkin warga ks, ada cara untuk speed up d7 ni.

Tq

parasolx's picture
Admin

salam, boleh saya dapatkan penjelasan yang lanjut bahagian mana yang mengalami masalah speed? kalu bahagian admin, memang agak perlahan kerana D7 guna konsep "overlay".

bagi saya, saya disablekan module ini di bahagian module > Overlay. baru dapat speed yang mmg laju sama dengan D6.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

abi Danial's picture

wslm parasolx, terima kasih kerana respon,

Permulaan sekali saya agak keliru sedikit mengenai performance drupal 7. Skg ni saya guna win 7 64 bit (overall drupal 7 punya performance is slow) tapi bila guna os yang 32 bit, performance ok pula.

saya dah buat kajian menggunakan 2 komputer yang sama spec cuma berlainan bit (win 7 32bit os & win 7 64bit os) ternyata dalam komputer 32bit, drupal memecut laju seperti biasa dan sebaliknya dalam 64 bit.

mungkin ini berkaitan masalah perisian, tiada kena mengena dengan drupal. :)

parasolx's picture
Admin

jika berlaku berbezaan antara 32bit dgn 64bit, bukan masalah drupal sebaliknya masalah client (server). mungkin version 64bit belum lg stabil untuk apache tu kot. sebab tuh terasa kelembapan tuh.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training