Perkara asas yang perlu anda tahu

Sebelum anda meneruskan pembelajaran dalam CSS, anda perlulah mengetahui terlebih dahulu sedikit asas tentang HTML/XHTML.

Jika anda ingin belajar HTML, sila rujuk artikel: HTML

Apa itu CSS

  • CSS adalah akronim badi Cascading Style Sheets
  • Style menerangkan bagaimana untuk memaparkan element HTML
  • Style biasanya disimpan didalam Style Sheet
  • Style ditambah dalam HTML 4.0 untuk menyelesaikan masalah
  • Style Sheet Luaran dapat menjimatkan masa
  • Style Sheet Luaran disimpan dalam fail CSS
  • Pelbagai style boleh disatukan.

CSS Demo

Laman web ini dibina dengan menggunakan CSS untuk memaparkan pelbagai jenis element dengan menarik.

Bagaimana Style meyelesaikan masalah

Tag HTML direka untuk memaparkan isi kandungan di dalam dokumen. Tag in akan dibaca oleh web browser contohnya "Ini adalah tajuk", "Ini adalah perenggang", "Ini adalah jadual", dengan menggunakan tag seperi <h1>, <p>, <table> dan seterusnya. Tag-tag diseperti ini dipaparkan oleh web browser secara automatik tanpa sebarang perubahan.

Walau bagaimana pun setiap, web browser ingin menambahkan tag menereka sendiri dan ini menyebabkan berlaku perbezaan diantara cara web browser memaparkan content tersebut, oleh itu satu standart telah diperkenalkan dalam HTML 4.0 iaitu Style. Style disokong oleh semua web browser yang menyokong HTML 4.0

Style Sheet menjimatkan masa

Style menerangkan bagaimana HTML element dipaparkan, seperti tag <font> dan <color>. Style biasanya disimpan dalam fail .CSS. CSS luaran akan dapat merubah kesemua paparan HTML dengan hanya menambah satu baris kod sahaja, dan anda boleh merubah kesemua paparan HTML dengan hanya mengubah satu fail CSS sahaja.

Pelbagai style boleh disatukan

Style sheet membenarkan pelbagai jenis style dinyatakan dalam pelbagai keadaan. Style boleh dinyatakan dalam satu elemen HTML sahaja, Di antara tag <head> ataupun di dalam sumber luaran aitu fail CSS. Anda juga boleh memasukkan beberapa Style luaran dalam satu dokumen HTML.

Style manakah akan digunakan jika lebih dari satu style dinyatakan untuk satu elemen HTML?

Style sheet akan dipilih seperti berikut :

  • Web Browser
  • Style luaran
  • Style dalaman (di antara tag <head> ... </head>)
  • Inline Style (style yang dinyatakan di dalam elemen itu sendiri)

Oleh itu, Inline Style akan dipilih untuk paparan walau pun style untuk elemen tersebut dinyatakan juga didalam Style luaran atau dalaman.

Penilaian: 
4
Average: 3.7 (3 votes)