Drupal memiliki satu kelebihan untuk melakukan proses penghantaran sebarang kandungan menjadi lebih teratur, kompleks dan dikawal setiap keadaan atau peringkat penghantaran.

Tutorial kali ini akan menerangkan langkah-langkah untuk melakukan satu sistem penghasilan kandungan secara berperingkat dengan menggunakan beberapa modul tambahan dan pengaktifan modul empulur Drupal. Situasi yang mungkin berguna untuk pembinaan sistem ini adalah seperti ini.

  1. Setiap pengguna berdaftar berupaya untuk menghantar kandungan disertakan dengan fungsi untuk melampirkan fail-fail pada kandungan tersebut.
  2. Kandungan yang dihantar akan dipantau dan disemak oleh beberapa ahli-ahli yang diberikan kebenaran tertentu.
  3. Kandungan akan melalui beberapa proses pantauan iaitu "Semakan 1", "Semakan 2" dan "Lulus".
  4. Kandungan dengan status peringkat kerja "Lulus" sahaja akan dapat dilihat oleh semua pengguna.

Proses kerja di atas merupakan langkah kasar. Apabila selesai semuanya kita akan kembangkan proses kerja tersebut kepada keadaan berikut:

  1. setiap penukaran keadaan akan dihantar emel pemberitahuan kepada pihak tertentu agar menyemak kandungan
  2. kebenaran yang lebih spesifik untuk setiap satu fungsi

Modul-modul yang berkaitan

  • Drupal core module -- beberapa modul yang didatangkan dengan pemasangan asas Drupal akan digunakan
  • Workflow -- modul yang bertugas untuk menyediakan situasi atau proses kerja yang diperlukan serta kebenaran kepada setiap situasi yang dinyatakan
  • Views -- modul yang akan memaparkan senarai-senarai kandungan dengan proses "query" yang boleh dikembangkan

Sokongan modul selanjutnya

  • Rules -- modul yang akan melakukan sesuatu tindakan apabila keadaan atau situasi kandungan berubah (menghantar emel kepada golongan tertentu)

 

Penilaian: 
No votes yet