Bermula dari versi 5, komuniti Drupal telah membina satu modul yang akan melakukan skrin untuk ke semua modul yang dipasang. Seterusnya membandingkan versi terkini dari Drupal.org. Kehebatan pengurusan ini dikendalikan dengan memasang modul Update Status. Dalam versi D6, modul ini telah diterapkan di dalam pemasangan asas.

Sungguhpun penggunaan modul ini memberi kelebihan untuk memaklumkan kepada pemilik laman mengenai versi-versi terkini Drupal dan modul-modul, ianya memberi kesan sebaliknya kepada prestasi Drupal.

Modul Update Status

Dalam D6, setiap kali kita memasang, mengemas kini dan menyah-aktifkan sebarang modul, Drupal akan melakukan imbasan ke semua modul yang masih aktif. Ini adalah proses natural yang dilakukan oleh modul Update Status. Selain itu, modul ini juga diaktifkan ketika proses cron.

Pemasangan asas Drupal (yang tidak melibatkan pemasangan modul tambahan) akan mempunyai prestasi di tahap yang paling optimum. Ini kerana Drupal yang dikeluarkan dengan modul yang ditingkat upaya dari versi sebelum ini sudah dikonfigurasi dengan sempurna.

Apabila satu sistem yang mempunyai lebih dari 80+ modul tambahan, proses ini akan berulang sebanyak 80 kali sehingga ke semua modul diperiksa oleh Update Status. Ditambah pula dengan modul yang dikategorikan sebagai "berat" atau high processing seperti ImageCache dan Organic Group, proses tersebut akan lebih lama berbanding modul yang lebih "ringan".

Kesannya adalah tempoh masa yang dibenarkan oleh PHP untuk melakukan satu-satu pemprosesan. Secara dasarnya, PHP membenarkan 30 saat untuk satu-satu fungsi dijalankan. Seandainya lebih, proses tersebut akan dihentikan secara paksa. Paparan skrin putih (White Screen) selalu dihadapi oleh pengguna Drupal.

Menyah-aktif modul Update Status

Tindakan ini secara 200% meningkatkan prestasi Drupal secara drastik bagi satu laman yang kompleks. Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan lebih dari 80 modul, disarankan untuk dinyah-aktifkan modul ini.

Anda perlu menggunakan modul yang sudah dikeluarkan dan elakkan dari menggunakan versi -dev sekiranya bercadang untuk mematikan modul Update Status. Jadikan amalan untuk mengaktifkan seketika modul ini setiap bulan bagi memastikan ke semua sistem berada dalam keadaan yang terkini.

Namun, kadang-kadang anda akan menghadapi masalah untuk mengaktifkan modul Update Status setelah sekian lama dimatikan kerana proses imbasan akan dilakukan lebih lama memandangkan tiada sebarang rekod disimpan.

Proses modifikasi pihak pelayan (hosting/server)

Kebiasaanya untuk sistem yang kompleks memerlukan konfigurasi dan tetapan pelayan yang lebih spesifik khas untuk Drupal. Walaupun tidak menjadi masalah untuk dijalankan pada pelayan jenis perkongsian, tetapi penggunaan pelayan khas (Dedicated server) akan dapat memberi pulangan yang lebih untuk prestasi laman.

Sebagai panduan, berhati-hati dalam penggunaan modul tambahan Drupal. Walaupun sistem kelebihan fleksibel yang diberikan oleh Drupal, tetapi kesan dan konfigurasi khas pelayan perlu diberi perhatian.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)