Tutorial kali ini akan menyentuh seberapa lengkap dan mendalam untuk meningkatkan SEO (Search Engine Optimization) dengan menggunakan sistem pengurusan kandungan Drupal. Di akhir tutorial, setiap laman web akan lebih mesra kepada agen carian dan lebih mudah untuk diindeks masuk ke dalam pangkalan data mereka.

Tips kali ini hanya hampir keseluruhannya dipraktiskan sekiranya menggunakan sistem pengurusan kandungan Drupal sahaja. Anda boleh mengambil isi-isi penting untuk digunakan pada laman web yang lain berpandukan kepada langkah-langkah yang ditunjukkan.

Modul yang diperlukan

Dalam tutorial sebelum ini, kita telah menyentuh cara-cara untuk memasang sebarang modul tambahan ke dalam sistem Drupal. Berikut merupakan antara modul yang diperlukan:

  1. SEO Checklist
  2. Meta tags (Nodewords)
  3. Token
  4. Page title
  5. Global redirect
  6. Pathauto
  7. XML Sitemap
  8. Google Analytics
  9. Open Calais

Hidupkan fungsi "Clean URL"

Google dan agen carian yang lain lebih menyukai satu-satu laman yang mempunyai pautan (URL) yang lebih kemas dan teratur. Fungsi ini biasanya dihidupkan diawal pemasangan Drupal dan terlebih dahulu anda perlu memastikan bahawa webhosting anda menyokong "mod_rewrite".

Pasang modul "Pathauto"

Modul "Pathauto" membolehkan anda menghasilkan URL mengikut citarasa dan kemahuan anda sendiri dengan sokongan dari modul "Token". Anda boleh menamakan URL untuk laman tertentu berdasarkan kepada tajuk, jenis kandungan, tarikh, taksonomi atau nama penulis.

"Pathauto" modul yang memberikan struktur penamaan laman secara automatik

"Pathauto" juga membolehkan satu laman mempunyai lebih dari satu alamat URL tujuan. Setiap alamat URL yang dibina sebolehnya tidak buang kerana ini akan menyebabkan pengunjung di bawa ke ralat 301 (laman tidak ditemui). Jadi sebaiknya anda tinggalkan sahaja alamat URL yang dibuat sebelum ini.

Untuk mengaktifkan pergi ke "admin/build/path/pathauto". Cari "General settings" dan pilih "Do nothing. Leave alamat URL yang sedia ada. Kebiasannya URL akan berubah sekiranya tajuk artikel dikemas kini.

Pasang modul "Global Redirect"

Modul ini bertindak untuk membawa pengunjung ke laman sah (sekiranya berlaku ralat 301 - laman tidak ditemui. Sebagai contoh, untuk artikel "Belajar SEO", telah mengemaskini tajuk tersebut kepada "Belajar dan Cuba Buat" akan menyebabkan laman tidak ditemui sekiranya pengunjung menaip alamat yang asal.

"Global redirect" mengarah laman tidak wujud ke laman yang wujud

Modul ini juga bertindak untuk membawa pengunjung terus ke alamat URL yang telah dinamakan kembali dari yang asal supaya ianya lebih mudah untuk baca dan difahami.

http://domain.com/blog/title
http://domain.com/blog/title/

Keuda-dua alamat URL di atas kelihatan lebih kurang sama dalam Drupal, tetapi ia merupakan dua alamat yang berbeza. Jadi untuk mengelakkan daripada ralat "Page not found", kita perlu membuang slash "/" dibahagian belakang. Untuk langkah tersebut, anda boleh tambahkan baris aturcara ini di fail .htaccess:

#get rid of trailing slashes
RewriteCond %{HTTP_HOST} ^(www.)?domain\.com$ [NC]
RewriteRule ^(.+)/$ http://%{HTTP_HOST}/$1 [R=301,L]

Pasang modul "Meta Tags (Nodewords)"

Meta tags sangat penting kepada agen carian yang ramai pembangun laman web tidak mempercayainya elemen ini sangat penting dalam pengoptimuman enjin carian.

"Meta description" sangat penting dan ia seharusnya berbeza dari satu laman ke laman yang lain. Ianya tidak melebihi 25 patah perkataan. Ianya perlu ringkas, pendek dan padat, dengan memastikan kata kunci penting terkandung bersama. Kata kunci akan mengarah pengunjung ke laman kita.

Setkan kata kunci tetap untuk setiap laman, dan cuba tambahkan beberapa kata kunci lain bagi menjadikannya kombinasi unik, berkaitan dengan kandungan ditulis. Kandungan yang sama juga perlu dielakkan.

Sekiranya anda "MALAS" untuk memasukkan "Meta description" secara manual, boleh gunakan "teaser" sebagai input kepada elemen tersebut. Dengan cara ini anda telah mengurangkan beberapa bebanan kerja untuk mengemaskini laman.

Pasang modul "Page Title"

Modul ini disarankan sepenuhnya untuk dipasang. Dengannya anda boleh mengawal dengan lebih terperinci bentuk dan input tajuk laman yang akan dipaparkan di bahagian atas pelayar (browser).

Modul "XML Sitemap"

Google menyatakan bahawa agen cariannya akan mengindeks keseluruhan laman anda walaupun tidak menghantar sebarang peta laman. Modul ini akan menghasilkan senarai laman-laman yang perlu diindeks terlebih dahulu ke Google.

Bermaksud, laman yang mempunyai kepentingan (priority) yang paling tinggi akan diindeks terlebih dahulu.

Aturan "rewrite" dalam Drupal

Pastikan anda melakukan tetapan ralat 301 terus ke laman utama, terutama sekali penggunaan "www" atau tanpa "www" pada alamat URL laman.

Rujuk fail .htaccess anda.

Untuk membuang "www" pada laman anda, cari barisan aturcara ini dan buangkan "#" yang berwarna merah;

# To redirect all users to access the site WITHOUT the 'www.' prefix,
# (http://www.example[dot]com will be redirected to http://example[dot]com)
# uncomment and adapt the following:
# RewriteCond %{HTTP_HOST} ^www\.example\.com$ [NC]
# RewriteRule ^(.*)$ http://example[dot]com/$1 [L,R=301] 

Sekiranya anda mahu alamat URL laman sentiasa mempunyai "www", buangkan "#" berwarna merah;

# To redirect all users to access the site WITH the 'www.' prefix,
# (http://example[dot]com/... will be redirected to http://www.example[dot]com/...)
# adapt and uncomment the following:
# RewriteCond %{HTTP_HOST} ^example\.com$ [NC]
# Rewrite Rule ^(.*)$ http://www.example[dot]com/$1[L,R=301]

Nota: Pastikan anda menggantikan "example.com" dengan alamat URL laman anda

Baiki aturcara HTML

Penggunaan "heading" perlu mengikut hirreaki susunan

Dalam teknik SEO, sepatutnya dalam satu laman tidak boleh mempunyai lebih dari SATU pengguna tag <h1> dan perlu mengandungi kata kunci penting.

Dan di bahagian paparan "teaser", tajuk untuk setiap artikel/tutorial dirangkumkan menggunakan tag <h2> atau <h3>. Semasa paparan penuh, letakkan tajuk artikel kepada <h1>.

Laman utama

Pada pemasangan asal Drupal, laman utama akan menyenaraikan semua senarai kandungan secara "teaser" mengikut tarikh dan masa ianya dimasukkan. Anda boleh optimumkan dengan mengubah suai paparan tersebut agar tidak berlaku sebarang input atau maklumat yang sama.

Dengan erti kata lain, kurangkan duplikasi input pada laman utama.

Penilaian: 
Average: 4.4 (5 votes)

Komen

blogger_boy's picture

huhu thank para..

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

parasolx's picture
Admin

no problem.. kalu ade tips lagi.. aku akan kongsi..
sape2 ade tips pon bleh kongsi di sini.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ci

menarik~

ci

bro, saya nak tanya apa tu Open Calais? aku dah install tapi blur dan guna macam mana hehe

parasolx's picture
Admin

Open Calais ni dia mcm third party service yang kita intergrate dengan Drupal melalui module Open Calais. Service ni dia provide document re-structure, meta tag processing dengan re-framework text submitting.

Module ni sangat sesuai digunakan pada blog atau website yang banyak guna teks. Tapi service dia tak sure sama ada kena bayar atau yang free ade limit ke tak. Boleh kalu nak mencuba.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ci

aku dah install bro, tapi ada error pula kat atas bila aku try create story

parasolx's picture
Admin

error mcm ne? dah dapatkan API key dari Open Calais belum? kena masukkan API key dahulu, kemudian follow dia punye instruction mcmne nak pasang.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ci

dah uninstall dah. takpe la :D anyway thank you