Apabila anda kehilangan atau terlupa kata laluan untuk akaun utama (akaun "Administrator") dan fungsi lupa kata laluan tidak dapat dijalankan kerana emel tidak dapat dihantar keluar (binaan sistem dalam localhost), jangan risau kerana ianya boleh diset semula melalui kuari pangkalan data.

Menerusi phpMyAdmin

Proses ini memerlukan anda melakukannya menerusi perisian GUI pangkalan data. Contoh terdekat adalah dengan phpMyAdmin. Tampal salinan kod ini di ruangan query untuk pangkalan data Drupal anda.

UPDATE `users` SET pass = MD5('newpass') WHERE uid=1;

Jangan lupa untuk menukarkan "newpass" kepada kata laluan pilihan yang baru.

Menerusi fail Drupal

Mungkin berlaku di mana anda tidak mempunyai akses secara terus ke dalam pangkalan data (sistem internal, perkongsian satu pangkalan data), cara yang terbaik untuk mengembalikan kata laluan boleh dilakukan dengan memasukkan kod tambahan terus ke dalam fail-fail Drupal.

Untuk langkah mudah, kita akan menggunakan fail index.php yang terletak di bahagian direktori root Drupal. Buka fail tersebut dengan teks editor asas (Notepad, Notepad2) dan tambahkan kod ini dibahagian yang ditunjukan.

db_query("UPDATE {users} SET pass = MD5('newpass') WHERE uid= '1'");

Gantikan "newpass" kepada kata laluan pilihan.

Kembali ke perisian pelayar (browser), dan klik untuk ke halaman utama (atau klik Refresh). Setelah itu, cuba lakukan proses log masuk dengan kata laluan yang baru. Sekiranya berjaya, padamkan semula kod yang ditambah tadi.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)