Terdapat banyak modul sokongan yang boleh menjadikan Drupal sebagai laman yang mengendalikan kandungan berasaskan kepada video. Laman video popular seperti Youtube dan Vimeo boleh ditiru fungsinya dengan beberapa pemasangan modul tertentu.

Untuk menghasilkan laman seumpama ini, anda harus mempunyai pengehosan web yang mempunyai spesifikasi yang agak tinggi bagi:

  • Menyimpan fail-fail video yang bersaiz besar
  • Mengendali, pemproses dan pemaparkan fail video yang dimuat naik oleh pengguna
  • Kadar lebar jalur (bandwidth) yang besar untuk muat turun video

Keadaan ini amat terhad kepada pengguna yang hanya mampu melanggan pengehosan web jenis perkongsian. Sekiranya laman jenis ini dibangunkan pada pelantar hos tersebut boleh menyebabkan akaun anda digantung atau ditamatkan perkhidmatan akibat penggunaan sumber yang melampau.

Youtube

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini bagi golongan yang disebut di atas, kita perlu menggunakan perkhidmatan ketiga bagi menggantikan semua urusan pemprosesan dan penyimpanan fail-fail video.

Youtube merupakan laman pengumpulan video yang kini telah menawarkan fungsi API untuk diintegrasi dengan mana-mana sistem. Melalui tutorial kali ini, Drupal hanya bertindak sebagai antara muka untuk memuat naik data, menyimpan maklumat data kiriman dan memaparkan fail video yang telah dimuat naik dan disimpan di Youtube.

Dengan cara ini, fail-fail video yang dipaparkan TIDAK:

  • Disimpan di hos web anda
  • Diproses ke bentuk format tertentu
  • Mengambil ruang dan sumber yang besar.

Sebaliknya hanya akan melakukan:

  • Paparan kiriman “node” untuk fail video tersebut
  • Memanggil URL fail video yang dimuat naik ke Youtube
  • Paparan video
Penilaian: 
3
Average: 2.5 (2 votes)