Pertama, tahniah kepada anda kerana telah mula bergiat dalam perjalanan kita menuju ke gerbang pengiklanan secara atas talian. Sekiranya anda merancang untuk menjual produk, membina komuniti atau mendapatkan trafik untuk apa jua bentuk pengiklanan, Search Engine Optimization (SEO) adalah buruan utama kita.

Dan, sekarang anda menggunakan Drupal, satu platform pengurusan kandungan yang sungguh hebat untuk membina laman web. Drupal telah diiktirafkan sebagai pilihan yang terbaik untuk mencapai pangkat dan populariti yang terbaik dalam sistem agen carian. Dalam ruangan ini kita akan mendalami dengan sedalam-dalamnya untuk melakukan konfigurasi terhadap Drupal bagi mencapai pangkat yang terbaik.

Perkara-perkara yang akan disentuh dalam panduan ini berkaitan dengan:

  • modul-modul yang diperlukan untuk SEO
  • pemasangan dan penggunaan modul SEO Drupal
  • pendaftaran akaun Google
  • pemasangan modul Google Analytics dan Webmaster tools pada laman
Penilaian: 
No votes yet