Pemasangan Drupal

Pertama sekali Drupal perlukan dipasang pada sistem pelayan anda. Sekiranya anda sudah mempunyai laman Drupal yang telah dipasang, disarankan agar tidak menggunakannya sehingga anda mampu untuk membina keseluruhan sistem dengan cemerlang.

Penyediaan jenis kandungan

Anda boleh gunakan sama ada jenis kandungan yang sedia ada pada pemasangan asal Drupal seperti "page" atau "story". Tapi bagi mengelakkan kekeliruan, kita akan hasilkan satu kandungan yang baru. Dari Administer Content management  Content type. Klik "Add content type".

Hasilkan kandungan dengan menggunakan maklumat ini:

  • Identification
    • Name: Kandungan berperingkat
    • Type: hierraki
    • Description: Penghasilan kandungan yang akan melalui beberapa semakan sebelum dipaparkan kepada umum.
  • Workflow settings
    • tandakan "Published"
    • tandakan "Promoted to front page"
  • Untuk tetapan lain seperti "Comment settings" anda boleh pilih mana-mana yang berkaitan.

Penyediaan peranan

Seterusnya adalah penyediaan peranan. Bagi membolehkan setiap kandungan disemak oleh dua (2) penyemak, maka kita akan menghasilkan dua golongan atau "Roles" yang baru. Sekiranya anda ingin menambah bilangan penyemak, maka bilangan peranan perlu ditambah.

Pergi ke: Administer User management Roles

Lakukan penambahan dua peranan yang baru iaitu "semakan 1" dan "semakan 2" pada ruangan kosong yang tersedia. Hasil yang akan anda dapati adalah seperti ini:

Workflow: Penyediaan sistem asas-8492

Pemasangan modul-modul sokongan

Seterusnya kita akan memasang modul-modul sokongan yang diperlukan. Modul-modul tersebut adalah:

Versi modul saya tidak nyatakan kerana mungkin akan berlaku penambahan atau perubahan versi dari semasa ke semasa. Namun fungsi dan asas modul tersebut tetap sama dan tidak berubah.

Penilaian: 
No votes yet