Pada bahagian ini kita akan menghasilkan kondisi (state) untuk tatakerja yang akan kita gunakan. Ianya kemudian akan menerapkan fungsi peranan yang kita hasilkan sebelum ini. Keadaan ini membolehkan setiap pengguna dengan peranan tersebut akan mempunyai kebenaran untuk setiap kondisi.

Menghasilkan tatakerja dan kondisi (state)

Gelungsur ke: Administer  Site buildings Workflow. Klik pada tab pautan "Add workflow" untuk menghasilkan satu tatakerja yang baru. Namakan sebagai "Penghantaran berperingkat". Kemudian klik butang penyimpanan.

Sistem seterusnya mahukan kita memasukkan kondisi untuk tatakerja tersebut. Dengan merujuk semula perancangan yang kita akan bina, namakan kondisi pertama sebagai "Semakan 1". Nilaian lain dibiarkan pada nilainya. Seterusnya klik pada butang penghantaran.

Sehingga saat ini, anda sepatutnya mendapat hasil seperti dalam tangkapan layar di bawah:

Seterusnya, kita perlu mengulangi langkah untuk penghasilan kondisi di atas untuk "Semakan 2" dan "Lulus" dengan klik pada pautan "Add state" (sila rujuk gambar di atas). Selepas semuanya selesai, tetepan berikut sepatutnya akan terhasil.

Penetapan Tatakerja pada Jenis Kandungan

Tatakerja sudah dihasilkan dan apa yang perlu dilakukan adalah menetapkan jenis kandungan yang akan menggunakan tatakerja tersebut. Pada ruangan tetapan utama Workflow di bahagian bawah, anda akan dapat melihat semua jenis kandungan disenaraikan dengan tetapan tertentu.

Dalam kes ini, fokus kepada jenis kandungan "Kandungan berperingkat". Pada bahagian pilihan "Workflow" pilih pilihan "Penghantaran berperingkat". Dan tandakan kekotak "Post". Sekiranya anda mahukun tatakerja ini diaplikasikan kepada komen, tandakan juga. Untuk kes ini, kita abaikan sahaja.

Apabila selesai, klik butang "Save workflow mapping". Hasil akhir adalah seperti ini:

Tag #: 
Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)