Pada bahagian ini adalah yang paling kritikal dan terpenting kerana melalui kebenaran (permission) membolehkan satu tatakerja dijalankan dengan sempurna. Pada bahagian ini juga tetapan perlu dilakukan satu per satu dan prosesnya agak cerewet dan memakan masa.

Oleh itu anda memerlukan kesabaran sedikit untuk memahami sistem tersebut. Untuk memulakan proses ini, klik pautan "Edit" pada tatakerja yang telah kita hasilkan seperti dalam rajah di bawah:

Penetapan Aliran Tatakerja

Pada ruangan paling atas, anda akan melihat jadual yang setiap ruangan diisi dengan senarai peranan-peranan yang telah kita hasilkan sebelum ini. Setiap ruangan mewakili seadaan dan aliran setiap tatakerja. Sila rujuk gambar di bawah untuk penerangan.

Jadual ini memberikan fungsi aliran kondisi yang akan dilalui sebelum ianya mencapai titik akhir laluan. Bahagian baris (row) menerangkan titik permulaan kondisi dan bahagian lajur (column) menerangkan kondisi yang akan dimasukkan dari titik permulaan.

Berdasarkan kepada rajah di atas, apabila satu kandungan dihasilkan ("creation", 1), peranan untuk "author" ditandakan supaya HANYA penulis sahaja berupaya untuk menukarkan kondisi kepada "Semakan 1, (2)". Kemudian dari "Semakan 1, (3)" ianya akan dipindahkan ke kondisi "Semakan 2" oleh pengguna dalam peranan "semakan 1, (4)" sahaja.

Dan berterusan untuk "Semakan 2, (5)". Di peringkat ini, pengguna dengan peranan semakan 2 berupaya untuk meluluskan (kondisi "Lulus") atau mengembalikan kepada kondisi "Semakan 1" sekiranya kandungan tersebut perlu dikemas kini oleh pemantau pertama.

Ambil perhatian, pada kondisi "Lulus" (bahagian paling bawah), tiada sebarang kebenaran ditetapkan kerana saya mahukan apabila ianya melepasi tapisan oleh penyemak kedua, kandungan tersebut akan dipaparkan kepada umum DAN tiada lagi perubahan kondisi boleh dilakukan.

Aliran kondisi ini tidak semestinya perlu menggunakan tetapan sebegini. Sebaliknya ianya bergantung kepada aliran tatakerja yang anda mahu bina.

Tetapan tambahan untuk tatakerja

Terdapat dua tambahan tetapan untuk tatakerja iaitu fungsi untuk memberi ruang komen bagi setiap perubahan kondisi. Ruangan komen ini akan muncul pada bahagian setiap kali proses pengubahsuaian kondisi ingin dilakukan bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada tindakan tersebut.

Satu lagi fungsi adalah kebenaran melihat tab rumusan bagi tatakerja untuk kandungan. Melalui tab ini, golongan peranan tersebut akan dapat melihat sejarah perubahan kondisi terkini. Ia sangat sesuai untuk dijadikan rujukan sekiranya berlaku sebarang permasalahan.

Penetapan kebenaran khusus

Ini adalah bahagian akhir dalam penetapan modul Workflow. Pada ruangan paling akhir ini, ia menyenaraikan kebenaran khusus kepada setiap golongan peranan untuk setiap tindakan terhadap kandungan berdasarkan kepada setiap kondisi.

Di bahagian "Access control" ini, kita boleh menetapkan kandungan pada setiap kondisi sama ada ianya boleh dilihat, diubah suai atau dibuang oleh satu-satu golongan peranan.

Dalam "Semakan 1", saya membenarkan golongan:

  • pengguna berdaftar untuk melihat sahaja
  • penulis melihat dan mengubah suai (agar penulis boleh mengemas kini sekiranya diperlukan)
  • dan "semakan 1" mendapat semua kebenaran. Perhatikan juga pada kondisi ini tiada kebenaran diberikan kepada golongan "semakan 2" memandangkan saya mahu hadkan kuasa mereka kepada kondisi mereka sahaja.

Pada kondisi "Semakan 2", hanya golongan dari "semakan 2" sahaja berkuasa penuh dan kebenaran diberikan kepada penulis untuk melihat sahaja (agar pemantauan oleh pihak penulis boleh dilakukan).

Akhirnya adalah kondisi "Lulus" yang membenarkan semua golongan untuk melihat namun tiada kebenaran lain diberikan kepada mana-mana golongan untuk mengubah dan membuang. Hanya "admin" sahaja berkuasa pada kondisi ini.

Penilaian: 
Average: 5 (2 votes)

Komen

wadai's picture

cemerlang

------

http://adi.my