Oops, sebelum kita mencuba, terdapat beberapa lagi tetapan yang perlu dikemas kini. Disebabkan kita menggunakan fungsi medan muat naik Drupal yang asal, ianya perlu membenarkan jenis fail media dihantar dan had saiz fail yang lebih besar.

Navigasi ke: Administer Site configuration File uploads

Pada medan “Default permitted file extensions”, tambahkan jenis fail-fail media untuk avi mp4 mpg mpeg. Supaya fail-fail ini akan dilepas oleh Drupal untuk dimuat naik.

Dan juga set semula had limit saiz untuk setiap penghantaran fail kepada nilai yang lebih besar. Nilai maksimum bergantung kepada tetapan pelayan. Jika anda memerlukan saiz yang lebih besar, sila berhubung dengan pihak pengehosan web.

Setelah selesai semua, klik “Save configuration

Percubaan kiriman

Hasilkan satu kiriman: Create content Youtube dan lampirkan fail video pada bahagian “File attachments”sehingga selesai.

Keputusannya adalah seperti ini. Jika ianya berjaya dimuat naik ke dalam web hos, setelah itu baru anda klik butang “Save”.

Anda dapat lihat yang kiriman tersebut adalah kosong, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sebenarnya, ruangan kosong tersebut adalah pemain fail Youtube. Tetiba disebabkan kita belum lagi menghantar fail tersebut ke dalam Youtube, maka tiada apa-apa media dimainkan.

Menghantar fail media ke Youtube

Bagi mengurangkan penggunaan sumber, Media Mover akan menjalankan proses yang kita tetapkan sebelum ini menerusi “cron”. Tetapi sekiranya anda tidak mahu menunggu sehingga waktu cron dijalankan, kita boleh aktifkannya secara manual.

Navigasi ke: Administer Site building Media Mover. Seterusnya klik pautan “run”.

Pemprosesan akan dijalankan sebaik sahaja anda klik “run” untuk beberapa minit bergantung kepada keupayaan pelayan. Setelah selesai, satu siri laporan akan dipaparkan. Dan seandainya keputusan sebegini dipaparkan, maka kita sudah berjaya.

Untuk mendapatkan kepastian, cuba anda semak akaun Youtube anda di bawah My Video & Playlists dan bandingkan dengan kiriman yang telah dihantar menerusi Drupal sebelum ini.

Penilaian: 
4
Average: 4 (1 vote)