Sekarang tibalah masanya untuk kita melakukan tetapan profil bagi pemprosesan yang akan dilakukan dengan modul Media Mover. Kita akan mulakan dengan navigasi ke Administer Site building Media Mover.

Untuk semakan kali terakhir, pada paparan tetapan utama ini anda sepatutnya memperolehi senarai modul-modul yang telah kita aktifkan sebelum ini.

Only local images are allowed.

Penghasilan profil tetapan

Pertama, kita perlu hasilkan satu profil konfigurasi yang baru. Klik pada “Add config”. Dalam kumpulan “Configuration info” anda boleh masukkan informasi untuk dijadikan pengenalan kepada profil ini seperti dalam gambar rajah.

Only local images are allowed.

Peringkat "harvest"

Kita perpindah ke bahagian “harvest”. Di bahagian ini, ia menentukan cara bagaimana modul ini mencari sumber asal fail-fail media. Dalam perancangan asal, kita akan menggunakan fail-fail media yang dimuat naik menerusi fungsi lampiran. Oleh itu, kita pilih “Select Drupal uploaded files”. Dan pilih jenis kandungan “Youtube”.

Only local images are allowed.

Peringkat "process"

Seterusnya untuk konfigurasi “process”, kita tidak perlu buat apa-apa memandangkan fail media yang dimuat naik ke Youtube akan diproses olehnya. Ini untuk mengelakkan dari penggunaan sumber yang tinggi. Jadi, kita hanya pilih “Bypass this operation”.

Only local images are allowed.

Peringkat "storage"

Dan kita sampai ke bahagian konfigurasi yang penting, “storage”. Untuk bahagian ini, kita perlu memilih “Upload video to Youtube”. Satu konfigurasi tambahan akan dipaparkan.

Only local images are allowed.

Medan-medan baru yang dipaparkan perlu diisi dengan maklumat yang telah kita tetapkan dalam tutorial sebelum ini.

Only local images are allowed.

  • Username: masukkan nama pengguna untuk akaun Youtube
  • Password: kata laluan untuk akaun Youtube
  • Developer key: masukkan kekunci API yang kita hasilkan dari “Developer Key” Youtube
  • Category: kategori yang disediakan oleh Youtube. Anda perlu masukkan kategori yang sah jika tidak proses muat naik akan gagal. Pastikan nama kategori anda bermula dengan huruf besar. Dalam contoh ini saya akan masukkan ke dalam “Film”. Hanya satu kategori sahaja dibenarkan.
  • Default title dan Default description: nilai ini akan digunakan sekiranya semasa proses penghantaran kiriman tidak mempunyai mana-mana nilai.
  • Default tags dan Take tags from: tag yang akan digunakan untuk setiap video. Jika anda ada tetapkan penggunaan taksonomi, ianya akan muncul pada ruang ini.

Peringkat "complete"

Ini adalah bahagian terakhir iaitu “complete”. Apa yang akan kita tetapkan adalah supaya status kiriman ditukarkan kepada “Published” jika semua proses di atas selesai dan berjaya. Selain itu, kita akan membuang fail-fail yang dihantar sementara ke hos web sebelum ini. Ini bagi menjamin tiada penggunaan ruangan berlaku.

Only local images are allowed.

Abaikan “Advanced configuration” kerana dalam tutorial ini tidak menggunakan fungsi tersebut. Setelah selesai, klik “Save configuration”.

Penilaian: 
3
Average: 3 (1 vote)