Supaya Drupal dan Youtube dapat dihubungkan antara satu sama lain, satu perantaraan kebenaran perlu dihasilkan. Atau dalam erti kata lain, Youtube perlu membekalkan “API key” untuk digunakan dalam Drupal.

Oleh itu, kita perlu menghasilkan satu akaun di Youtube terlebih dahulu. Sekiranya anda mempunyai akaun Gmail sebelum ini, Youtube boleh mengambil ID tersebut untuk penghasilan akaun baru. Ke semua video-video yang dimuat naik akan disimpan dalam akaun ini.

Saya tidak berapa pasti adakah Youtube menghadkan jumlah atau bilangan yang dimuat naik untuk satu-satu akaun. Mungkin anda boleh menghasilkan beberapa akaun sekiranya kuota yang ditetapkan telah dipenuhi.

Pendaftaran Developer Key untuk Youtube

Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan Developer Key API untuk Youtube. Anda perlu mendaftarkan projek ini terlebih dahulu di sini: https://developers.google.com/youtube/

Media mover: Pendaftaran akaun Youtube-8937

Seterusnya terus ke bahagian “Developer Dashboard”. Jika ini adalah pertama kali, kita perlu mendaftarkan produk. Lihat pada bahagian kiri atas, klik pada butang “New Product

Media mover: Pendaftaran akaun Youtube-8938

Isikan ruangan di bahagian kanan atas untuk ketiga-tiga ruangan. Setelah selesai, klik butang “Save” dan perhatikan pada medan “Developer Key” akan muncul satu siri aksara yang panjang beberapa ketika kemudian.

Media mover: Pendaftaran akaun Youtube-8939

Kekunci API ini akan digunakan pada bahagian tetapan untuk modul Media Mover nanti.

Tag #: 
Penilaian: 
No votes yet