Kita akan menggunakan modul dari Drupal.org iaitu Media Mover. Anda boleh muat turun dan kembangkannya di fail pelipat sites/all/modules.

Tujuan dan fungsi modul ini adalah untuk mengendalikan fail-fail media sama ada video atau muzik. Ia merupakan modul API – bermakna ia adalah platform kepada modul-modul lain untuk berfungsi dan menyediakan fungsi yang lebih yang tidak dijalankan oleh modul ini sendiri.

Terdapat 4 (empat) langkah atau frasa aktiviti yang akan dijalankan iaitu:

  • harvest” – mencari dan mengumpul fail-fail media
  • process” – melakukan pemprosesan tertentu untuk fail-fail yang dikumpul
  • storage” – menyimpan fail-fail yang telah diproses
  • complete” – melakukan tindakan sekiranya ketiga-tiga aktiviti di atas selesai

Bagi membolehkan sistem ini berjalan dengan lancar, beberapa elemen atau perkara asas perlu disediakan bagi memudahkan langkah-langkah suntingan bakal dilakukan nanti.

Penyediaan jenis kandungan

Agar tidak keliru, adalah lebih baik kita hasilkan satu jenis kandungan yang khas untuk digunakan bagi tujuan kiriman berbentuk video ini. Selain itu, proses reka bentuk templat juga mudah dilakukan dalam Drupal.

Gelungsur ke Administer Content management Content type dan hasilkan satu jenis kandungan baru melalui “Add content type”. Sebagai contoh, hasilkan satu kandungan dengan nama “Youtube” seperti di bawah ini.

Media mover: Pemasangan modul penyediaan platform-8935

Pengaktifan modul Media Mover

Setelah meletakkan fail modul sebelum ini, anda akan ke bahagian Administer Site building Modules. Kemudian cari senarai modul-modul yang disediakan oleh Media Mover. Terdapat lebih kurang 13 sub modul yang didatangkan bersama.

Media mover: Pemasangan modul penyediaan platform-8936

Untuk tutorial kali ini, kita tidak menggunakan ke semua modul yang diberikan tetapi hanya dua sahaja iaitu “Media Mover API” untuk penyediaan API kepada fungsi proses video dan “Media Mover Node” yang akan menambah fungsi kepada “node”.

Penilaian: 
No votes yet