Setelah proses ini selesai, Youtube akan menghantar URL atau ID untuk fail video yang telah diproses. Seterusnya Media Mover akan menyimpan maklumat ini dalam pangkalan data. Permasalahan yang mungkin timbul adalah, Media Mover tidak memaparkannya secara automatik.

Ini kerana modul ini tidak memuatkan fungsi untuk paparan sebarang fail-fail media. Sebaliknya kita memerlukan modul sokongan lain seperti Embedded Media Field atau SWF Tools untuk memainkan dan memaparkan sebarang fail-fail media.

Jadi, kenapa saya tidak nyatakan sebelum ini keperluan modul-modul ini? Dalam Drupal, sebolehnya kita menggunakan seberapa minimal modul sokongan untuk mengekalkan prestasinya.

Kita akan lakukan sedikit penulisan kod bagi memaparkan fail-fail media dari Youtube untuk mendapatkan fungsi pemaparan fail media.

Modifikasi Templat

Salah satu sebab kita hasilkan jenis kandungan yang baru adalah untuk mengasingkan templat Youtube dengan “node” yang biasa. Dan juga memudahkan proses untuk memanggil fail media dari Youtube.

Pertama, hasilkan duplikasi fail templat (dalam contoh ini saya gunakan templat Garland) node.tpl.php dan namakannya sebagai node-youtube.tpl.php. Selepas itu, bersihkan “cache” Drupal agar sistem akan mendaftarkan fail ini untuk digunakan pada jenis kandungan Youtube.
** Bersama tutorial ini disertakan sampel fail tersebut.

URL Youtube boleh dipaparkan pada fail templat dengan memanggil kod ini:

<?php print $node->media_mover[1][0]['storage_file']; ?>

Perhatikan untuk kod panggilan di atas, storan URL Youtube di simpan pada pemboleh ubah media_mover. Nilai “array” yang pertama ([1]) adalah ID untuk profil yang kita gunakan. Untuk mendapatkan ID ini, anda boleh periksa pada status bar pelayar.

Sebagai contoh di bawah ini, ID profil yang ditunjukkan adalah 3.

Kod aturcara “Object Embed”

Oleh kerana kita tidak mahu memasang sebarang modul untuk memainkan fail-fail media, maka kita perlu meminjam kod pemain dari Youtube itu sendiri. Satu kod “obejct embed” perlu dimasukkan.

Anda boleh mengambil dari mana-mana sampel video Youtube atau gunakan sampel yang saya berikan.

<object width="600" height="390">
  <param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/<?php print $node->media_mover[1][0]['storage_file']; ?>&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3"></param>
  <param name="allowFullScreen" value="true"></param>
  <param name="allowScriptAccess" value="always"></param>
  <embed src="http://www.youtube.com/v/<?php print $node->media_mover[1][0]['storage_file']; ?>&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="600" height="390">  </embed>
</object>

Perhatikan saya sudah menggantikan kod ID fail media dari Youtube dengan pemboleh ubah PHP berbanding URL yang asal. Apabila satu kiriman selesai diproses, nilai ini akan digantikan dengan ID dari Youtube. Dan video akan dipaparkan secara automatik.

Anda boleh letakkan kod ini di mana-mana bahagian dalam fail node-youtube.tpl.php, tetapi saya cadangkan untuk tutorial ini letakkan di bahagian ini:

  <div class="content clear-block">
    <object width="600" height="390">
    ...
    </object>
    <?php print $content ?>
  </div>

Video Youtube akan dipaparkan berserta penerangan mengenainya dibahagian bawah. Simpan fail ini, dan muat naik ke dalam pengehosan web anda. Bersihkan “cache” Drupal untuk sekali lagi dan kita sedia untuk melakukan cubaan penghantaran.

Penilaian: 
No votes yet
File attachments: