Sehingga sekarang, kita sudah selesai menghasilkan akaun untuk Youtube, mendapatkan kekunci API dan memasang modul Media Mover. Semua keperluan pertama telah kita perolehi dan untuk seterusnya kita perlu lanjutkan fungsi untuk menguruskan fail video ke Youtube.



Modul tambahan yang perlu ditambah adalah Media Mover upload to Youtube yang boleh didapati di Drupal.org. Fungsi utama modul ini adalah untuk membolehkan video dari simpanan Drupal dimuat naik terus ke dalam akaun Youtube.



Muat turun modul tersebut dan letakkan di sites/all/modules. Sebelum itu, kita perlu memuat turun Zend GData client library. Tujuan aplikasi tambahan ini adalah untuk membolehkan modul MM Youtube boleh mengendalikan fail-fail yang ada di dalam hos pelayan. Ia merupakan satu API yang disambungkan dengan Google.



Youtube kini sudah berada di bawah pihak pengurusan Google



Muat turun versi terkini Zend GData di http://framework.zend.com/downloads/latest dan esktrak (extract) ke dalam direktori sites/all/library*]. Wujudkan direktori [*library secara manual sekiranya belum ada.



Setelah itu navigasi ke Administer Site building Modules dan aktifkan Media Mover Youtube upload.





Setelah diaktifkan, modul ini akan berinteraksi sepenuhnya dengan modul utama iaitu Media Mover. Tiada tetapan khusus untuk modul ini yang mana fungsinya akan dimuatkan ke bahagian Media Mover.



Pembersihan



Bagi mengelakkan berlaku sebarang kegagalan semasa proses muat naik ke Youtube, kita akan menyimpan fail video di web hos terlebih dahulu. Dan sekiranya segala proses selesai, fail tersebut akan dibuang untuk mengekalkan ruangan storan.



Modul lanjutan seterusnya yang perlu dipasang adalah Media Mover Remove. Muat turun dan letakkan di sites/all/modules. Aktifkan modul tersebut di Administer Site building Modules.



Penilaian: 
4
Average: 4 (1 vote)

Komen

Nazril's picture

rasanya ada tambahan disini.. dalam folder Media Mover Upload Youtube, rasanya perlu masukkan folder zend. dari sini http://framework.zend.com/download/gdata/

parasolx's picture
Admin

owh ya.. dah lupa sebab tutorial ni dibuat lepas dah siap setup.
terima kasih akan dikemas kini nanti

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

parasolx's picture
Admin

langkah kerja: perlu memuatkan turun folder Zend akan dikemas kini

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training