Google merupakan syarikat agen carian yang mengawal dunia internet buat masa sekarang. Salah satu sebab ianya sentiasa menjadi pilihan pengguna adalah disebabkan perkhidmatan seperti alatan untuk membantu mereka menguruskan laman web. Antara lain alatan yang dicipta adalah seperti Google Analytics, Google Webmaster Tools dan Google Site Optimizer.



Ketiga-tiga alatan ini sangat penting dalam proses kempen SEO untuk Drupal dan paling penting semuanya adalah percuma. Untuk membolehkan kita menggunakan alatan tersebut, satu akaun Google perlu dihasilkan terlebih dahulu.



Melakukan pendaftaran dan suntingan kepada akaun Google



  1. Layari pautan: http: https://www.google.com/accounts/NewAccount

  2. Isi ke semua medan yang diperlukan. Pastikan alamat emel yang digunakan adalah sah.

  3. Pastikan anda membaca terma dan syarat seterusnya klik butang "I accept". Kemudian klik butang "Create my account".

  4. Satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang diberikan. Anda perlu klik pautan yang disediakan bersama emel tersebut bagi mengaktifkan sepenuhnya akaun Google.

  5. Satu pengesahan "Email Address Verified" ditunjukkan, maka prosesnya telah berjaya.


Analytics



Dahulu kala, pentadbir menjejak dan mengkaji pengunjung ke laman web menerusi log pelayan. Walaupun ianya sekarang masih diamalkan, tetapi mengambil masa dan kesukaran untuk membaca ke semua log dalam fail tersebut. Kemudian satu syarikat mengambil langkah mencipta satu perisian untuk tujuan yang sama tetapi lebih praktikal yang dinamakan Analytics



Satu perisian Analytics yang bagus akan dapat membantu kita dalam mengkaji bagaimana pengunjung berinteraksi dengan laman web tersebut. Selain itu, boleh menjimat perbelanjaan terhadap perkara yang sama. Perisian analytics seharusnya mudah digunakan, pantas dan berkeupayaan besar.



Google analytics



Terdapat banyak diluar sana pakej analisis yang ditawarkan, namun tiada satu dan sukar untuk menyaingi Google yang memberikan perkhidmatan secara percuma yang dipanggil Google analytics. Dalam Drupal, ianya sangat mudah untuk dipasang.



Menghasilkan akaun Google analytics



  1. Lawati pautan ini: http://www.google.com/analytics/

  2. Seterusnya klik pautan Sign Up Now

  3. Kemudian log masuk dengan akaun Google yang telah dikita hasilkan sebelum ini.

  4. Masukkan maklumat-maklumat mengenai laman.

    1. Website URL: masukkan alamat laman web. Sekiranya terdapat www, pastikan ianya dimasukkan

    2. Account name: Google akan memberikan nama ini kepada anda.

  5. Klik Continue dan isikan borang untuk maklumat pemohon

  6. Klik Continue dan anda perlu setuju dengan terma dan syarat di bahagian User Agreement.

  7. Akhirnya, klik pada butang "Create New Account". Dan kita telah berjaya.

  8. Seterusnya pasangkan modul Google analytics yang telah dimuat turun sebelum ini. Pergi ke /admin/build/modules dan aktifkannya.
    Only local images are allowed.

  9. Seterusnya kita akan melakukan kondfigurasi untuk modul tersebut. Pergi ke http://example.com/admin/settings/googleanalytics. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah tanpa mengubah bentuk paparan laman.
    Only local images are allowed.

  10. Kembali ke akaun Google analytics dan anda sepatutnya dapat melihat nombor akaun untuk laman web yang didaftarkan dalam format UA- seperti dalam contoh seperti di bawah:
    Only local images are allowed.

  11. Salin dan tampal nombor identifikasi untuk UA ke dalam medan konfigurasi Google analytics Drupal sebentar tadi. (Sila gunakan ID akaun G.Analytics sendiri)

  12. Kembali ke ruangan konfigurasi G.Analytics Drupal, dibahagian User Spesific Tracking Settings, pastikan User cannot control whether they are tracked or not dipilih, Ini bagi membolehkan kita memantau ke semua pengunjung di laman.

  13. Untuk bahagian yang lebih maju, kita boleh abaikan tetapan pada yang asal. Klik butang Save configuration. Siap.


Google Analytics memberitahu bahawa data akan dipaparkan dan dianalisis selepas 24 jam konfigurasi dan tetapan dipantau.



Anda biarkan data dihantar ke G-Analytics dan kembali memeriksanya keesokan hari. Anda akan dapat melihat data yang dikumpul untuk beberapa bulan dan analisis boleh dilakukan untuk peringkat seterusnya.



Google Webmaster Tools



Setelah anda dapat melihat data yang dihantar menerusi modul G.Analytics dan beberapa laman telah diindeks oleh Google, maka seterusnya kita memerlukan alatan akaun Google Webmaster Tools. Akaun ini menyediakan laporan yang lengkap mengenai laman anda yang telah diindeks ke dalam pangkalan Google. Alatan ini membenarkan kita untuk memuat naik peta laman XML untuk menyemak sama ada fail tersebut sah atau mengandungi ralat. Selain itu, ia juga membenarkan kita untuk mengawal agen carian Google dari segi kekerapan mengunjungi laman.



Bagi membolehkan kita menggunakan alatan ini, laman perlu dilakukan verifikasi terlebih dahulu. Dengan bantuan modul Site verification ianya membolehkan laman disahkan dengan lebih mudah.



Verifikasi laman dengan Google



  1. Pergi ke http://www.google.com/webmasters/tools dan log masuk dengan akaun Google anda.

  2. Masukkan URL laman pada bahagian butang Add site. Kemudian klik butang Continue.
    Only local images are allowed.

  3. Muat turun fail verifikasi yang disediakan oleh Google. Kaedah ini adalah yang paling selamat dan dicadangkan oleh pihak Google sendiri.

  4. Seterusnya, pasangkan modul Site verification (anda boleh mula mengaktifkan modul ini di bahagian Site buiding Modules*]. Kemudian akses ke ruangan pentadbir modul ini di [*Site building Site verification. Klik menu Add verification, kemudian pilih Google dan klik Next. Di bahagian ini, muat naik fail yang telah kita muat turun daripada Google sebelum ini.
    Only local images are allowed.

  5. Kemudian klik butang Save. Dan kembali semula ke bahagian Google Webmaster tools. Klik butang Verify dan tunggu hasil yang dipaparkan oleh Google. Sekiranya proses tersebut sempurna, verifikasi laman anda akan diterima oleh Google.
    Only local images are allowed.
Penilaian: 
4
Average: 3.5 (2 votes)