Tajuk laman (Page title)

"Page title" (juga dikenali sebagai tag tajuk) atau tajuk kandungan merupakan satu baris kod dalam HTML untuk satu laman yang meringkaskan keseluruhan kandungan laman. Secara umumnya, tajuk kandungan membolehkan:

  • memberitahu pengunjung mereka di laman yang betul
  • dipaparkan pada bahagian status bar perisian pelayar
  • mengandungi kata kunci utama yang mengarahkan Google mengemas kini kandungan ke dalam kategori yang betul
  • ditunjukkan pada penanda laman (bookmark)
  • enjin carian menggunakan tajuk kandungan sebagai tajuk dalam senarai carian

Oleh sebab itu, tajuk laman yang cemerlang sangat penting dalam apa jua kempen SEO. Satu penekanan khusus perlu diberikan kepada bahagian ini dengan melakukan talaan yang optimum bagi tujuan meningkatkan tahap SEO laman.

Secara praktikalnya, tajuk laman dihasilkan daripada beberapa baris kod HTML yang dirangkumkan antara tag <HEAD> dan </HEAD>. Kebiasaannya ianya kelihat seperti ini:

<HEAD>
<title>Laman web Drupal saya</title>
</HEAD>

Drupal secara lalainya menghasilkan kod ini secara automatik kepada laman anda dengan menggunakan nama laman (site name), slogan laman utama dan tajuk kandungan (nodes) untuk laman individu. Namun untuk mencapai tahap SEO yang tinggi, fungsi yang sedia ada tidak menyediakan kawalan yang sepenuhnya.

Tajuk laman (page title) atau Tajuk kandungan (node title) -- Perbezaan?
Dalam Drupal, title itu sendiri merujuk kepada tajuk kandungan. Oleh itu, jika anda membaca mana-mana kandungan dalam Drupal, tajuk itu digunakan sebagai tajuk laman. Manakala dalam dunia HTML, tajuk laman adalah satu baris kod yang berada antara <title> dan </title>. Walaupun kedua-dua berhubung kait, tapi dalam Drupal, anggapkan ia adalah dua perkara yang berbeza.

Modul Page title

Dengan modul ini, anda berupaya untuk mengawal sepenuhnya tajuk laman di setiap laman web. Ia membenarkan anda untuk:

  • menulis semula tajuk laman di semua kandungan
  • menetapkan satu paten untuk digunakan secara automatik apabila satu-satu kandungan dihantar

Dengan erti kata lain, sekiranya tajuk artikel yang saya tulis: "Pengoptimuman Drupal menggunakan modul Page title" boleh diubah pada bahagian tajuk laman supaya kata kuncil Page title ditekan terlebih dahulu menjadi: "Modul Page title mengoptimumkan SEO Drupal".

Modul Token

Untuk membenarkan modul Page title berfungsi, Token perlu diaktifkan. Token merupakan cebisan teks yang kecil yang boleh dipanggil dengan panggilan mudah seperti %site-name*] atau [*[user]. Modul ini dicipta berdasarkan pemerhatiannya terhadap informasi dan maklumat yang sering dan berulang kali digunakan dalam Drupal seperti tajuk kandungan, nama pengguna, hari, minggu dan sebagainya. Sebelum tercipta modul ini, pembangun terpaksa menggunakan kod PHP untuk memanggil data dari pangkalan data.

Untuk modul Page title, token yang selalu digunakan untuk memanggil maklumat-maklumat yang kemudian disusun, ditulis semula agar mudah untuk diindeks oleh enjin carian. Antara bentuk dan paten yang optimum untuk SEO adalah:

  • Paten: [page-title] | [site-name]
    Hasil: Ini adalah kandungan pertama | Drupal Saya
  • Paten: Saya peminat Drupal oleh [user-name]
    Hasil: Saya peminat Drupal oleh Parasolx
  • Paten: [page-title] - [month] [date], [yyyy]
    Hasil: Apa itu Drupal - Ogos 4, 2011
Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)