Sebagai pengguna laman web, anda sedia maklum bahawa URL (Universal Resource Locator) adalah alamat yang digunakan dalam pelayar untuk memetakan kedudukan satu-satu kandungan. Terdapat banyak alatan yang digunakan dalam DNS untuk memastikan hal ini dapat dilaksanakan. Tetapi dalam tutorial kali ini, kita akan membicarakan berkaitan dengan palang "/", atau dalam erti kata lain:

http://example.com/tutorial-pembangunan-laman-web

Sejarah mengenai URL dinamik dan statik

Masalah yang terbesar dengan laman web yang menggunakan konsep pangkalan data (termasuk Drupal) adalah pangkalan data memerlukan permintaan (query) yang jauh tersasar daripada konsep asal URL. Bentuk atau paten URL dinamik mengandungi ruang dan penggunaan simbol yang pelik.

Memikirkan permasalahan ini, satu golongan pembangunan sistem pelayan tampil dengan satu kaedah untuk menerima permintaan menerusi URL daripada pengguna, dihantar kepada sistem pelayan untuk diproses dan dipaparkan kembali kepada pengguna dalam bentuk laman statik HTML. Namun kesukaran tetap ada untuk kes-kes yang mempunyai pangkalan data yang bersaiz terlalu besar.

Kaedah yang diguna pakai melibatkan penggunaan simbol tanya (?), sama dengan (=) dan empersand (&). Kaedah ini sangat cemerlang sehinggalah memberi kesan buruk kepada enjin carian. Mereka tidak memahami bentuk URL yang panjang, frasa kompleks yang dihantar dan dipindahkan menerusi pelayar. URL selalunya berbentuk seperti ini:

Tambahan, sekiranya anda melawati pautan-pautan berikut, kandungan yang hampir sama akan dipaparkan:

Dalam satu struktur URL, enjin carian lebih peka dan sensitif kepada elemen frasa dibahagian paling hadapan. Oleh itu, mereka dengan sendirinya mengabaikan bahagian yang dibelakang (selepas tandaan ?). Jadi untuk laman yang mempunyai puluhan ribu produk dalam sistem:

Akan dilihat dan diindeks oleh Google seperti berikut:

Gagal. Akhirnya pada lewat tahun 1996, seorang pembangunan sistem yang bernama Ralf Engelschall telah tampil dengan konsep penulisan kembali URL dan tampalan dilakukan kepada Apache yang dinamakan mod_rewrite. Modul ini bertindak seolang-olah medium antara pengguna/pembaca lama dan pelayan. Struktur URL menjadi lebih mudah difahami dan mesra enjin carian. Anda akan melihat hasil seperti ini:

Struktur URL lama: http://example.com/?q=produk/1367

Struktur baru: http://example.com/produk/1367

Bagaimana Drupal mengendalikan  URL dinamik

Seperti yang dibicarakan di atas, Drupal menggunakan konsep yang sama untuk memanggil maklumat daripada pangkalan data. Setiap kandungan pada blog, komen, artikel, tajuk, kemasukkan daripada pengguna dan lain-lain semuanya disimpan dalam jadual dan permintaan perlu digunakan dalam URL untuk memanggil semua ini. Berikut adalah URL piawai yang dihasilkan oleh sistem Drupal:

Penilaian: 
No votes yet