Sekarang kita akan beralih kepada modul-modul yang diperlukan untuk mengoptimumkan SEO Drupal. Anda boleh sama ada memuat turun satu per satu atau ke semuanya sekali gus dan ditempatkan di sites/all/modules. Namun elakkan daripada mengaktifkannya terlebih dahulu kerana dikhuatiri anda terlepas beberapa konfigurasi yang perlu dilakukan.

SEO Checklist: modul ini menyediakan satu senarai semak dengan pautan untuk memuat turun dan konfigurasi bahagian pentadbir ke semua modul yang diperlukan untuk pengoptimuman SEO.

Google Analytics: modul ini membantu kita untuk memantau pengunjung-pengunjung di laman web

Page title: membolehkan anda mengawal tag <title> untuk ke semua kandungan (nodes) dalam laman

Pathauto: modul ini secara automatiknya menghasilkan URL yang mesra pengguna berdasarkan kepada tajuk kandungan anda

Path redirect: modul ini membantu untuk menghala laluan URL ke kandungan yang sepatutnya

Global redirect: ia membantu untuk membaiki masalah-masalah yang dihadapi pada struktur URL apabila fungsi "clean URL" dan Pathauto diaktifkan

Taxonomy title: membolehkan anda menetapkan tajuk tag <title> untuk setiap taksonomi laman anda

Meta tags: (kini dikenali sebagai Nodewords) modul ini membolehkan anda kawalan sepenuhnya terhadap data meta untuk keseluruhan laman, nodes, kategori, views dan lain-lain.

XML Site map: modul ini menghasilkan peta laman yang mengikut piawai dan standard yang ditetapkan oleh Sitemap.org untuk digunakan oleh agen carian atau peta laman secara dinamik

URL list: ia menghasilkan peta laman dalam format teks ringkas yang menyenaraikan ke semua URL yang wujud dalam laman

Syndication: modul ini menyediakan satu laman khas yang menempatkan ke semua suapan RSS yang dihasilkan oleh Drupal

Menu attributes: ia membolehkan anda mengawal dan menetapkan maklumat tambahan atribut pada setiap menu seperti id, class, style dan rel

Site verification: ia membantu untuk agen carian mengenal pasti dan melakukan verifikasi laman

Scheduler: ia membolehkan anda mengawal masa dan tarikh satu-satu kandungan dipaparkan (published)

Read more link: membolehkan anda untuk melakukan variasi, dan mesra pengguna SEO untuk pautan "Read more"

HTML Purifier: modul ini membantu untuk membaiki kod-kod HTML yang tidak lengkap dan teruk yang dihasilkan semasa penulisan kandungan (untuk kes tidak menggunakan sebarang editor seperti CKEditor)

Mollom: satu modul yang cukup hebat untuk menjaga dan menghalang semua kandungan yang diistilahkan sebagai "spam"

Ini adalah antara senarai modul-modul yang perlu anda muat turun dan diaktifkan pada laman anda. Keterangan dan tutorial tentang tatacara penggunaan setiap modul akan diterangkan satu per satu dalam artikel seterusnya.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)