Meta tag adalah beberapa rangkai perkataan yang dimuatkan dibahagian kepala satu-satu dokumen halaman yang menerangkan dan memberitahu kepada enjin carian. Ianya tidak dipaparkan kepada pengunjung pada skrin halaman yang memberi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dengan enjin carian tanpa melibatkan pengguna.

Masalah terbesar yang dihadapi semenjak beberapa tahun yang sudah (sekitar tahun 1997), ramai pembangun laman web yang menyalahgunakan kemudahan ini. Mereka memuatkan terlalu banyak kata kunci dibahagian ini. Sungguhpun ianya terlindung daripada pengguna, namun memberi kesan negatif kepada enjin carian.

Disebabkan masalah ini, kebanyakan enjin carian pada hari ini mengabaikan secara total fungsi meta tag dalam penilaian terhadap populariti laman. Namun, ianya masih digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain. Oleh itu, meta tag masih lagi dianggap penting untuk dikekalkan penggunaannya.

Terdapat beberapa meta tag yang boleh kita gunakan dalam laman web dan yang disenaraikan di bawah adalah yang terpenting.

Jenis meta Penerangan Kod aturcaranya
Copyright Menerangkan hak cipta laman <meta name="copyright" content="hak cipta Kripkorn Studios, 2008-2011. Hak cipta terpelihara" />
Description Dua atau tiga frasa ayat yang menerangkan kandungan sesuatu laman. Digunakan oleh enjin carian untuk dipaparkan pada senarai carian. <meta name="description" content="komuniti drupal phpbb malaysia, tutorial lengkap atas talian untuk aturcara asas html, php, css dan javascript." />
Keywords Senarai enam hingga lapan kata kunci yang berkaitan. Disalah guna secara besar-besaran, diabaikan oleh Google dan enjin carian lain. <meta name="keywords" content="komuniti, drupal, phpbb, malaysia, html, php, css, javascript" />
Geo position Atribut spesifik untuk menerangkan kedudukan lokasi laman web anda. <meta name="geo.position" content="2.38592893; -38.293832" />
Robots Digunakan sekiranya kita tidak berhak untuk mengawal fail robots.txt. Selalunya digunakan jika tidak mahu enjin carian mengindeks laman tersebut. <meta name="robots" content="index, follow" />

Metadata adalah perkataan-perkataan ajaib yang digunakan pada laman yang menyediakan data-data saintifik yang menerangkan maksud data yang dipaparkan.

Penilaian: 
No votes yet