Sehingga saat ini, kita telah berjaya untuk meverifikasikan laman web dengan Google Webmaster tools. Seterusnya untuk menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh pihak Google, beberapa konfigurasi perlu dilakukan. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian.

Nama domain pilihan

Bergantung kepada bagaimana anda menetapkan fail .htaccees sama ada laman Drupal diakses dengan atau tanpa www. Sebagai contohnya anda boleh tetapkan sama ada http://example.com atau http://www.example.com kedua-duanya akan membawa kepada halaman utama yang sama. Namun begitu, untuk enjin carian seperti Google, mereka menganggap ia adalah dua laman web yang berbeza dan mengandungi kandungan yang berlainan. Dalam erti kata lain, anda sedang bersaing dengan laman web anda sendiri yang sepatutnya tidak harus berlaku.

Berita baiknya, kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan memilih nama domain utama yang digunakan. Domain pilihan akan digunakan untuk disimpan dan diindeks oleh Google. Sebagai contoh, sekiranya kita tetapkan dibahagian Google domain pilihan http://example.com, dan sekiranya Google menemui URL http://www.example.com, ianya akan dianggap sebagai http://example.com. Dengan itu tidak wujud dua laman web yang berbeza.

Menetapkan nama domain pilihan dalam Google Webmaster tools

Untuk menetapkan pilihan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Dalam Webmaster tools, klik URL untuk laman web anda.
  2. Seterusnya klik pada pautan Site configuration di bahagian kiri.
  3. Seterusnya klik pautan Settings.
  4. dibahagian Preferred domain, buat pilihan berdasarkan pilihan yang ada. Pastikan ianya menepati aturan yang dibuat pada fail .htaccess anda.
    Only local images are allowed.

Apakah perbezaan antara yang ada www dengan non-www? Tiada kelebihan, kedua-duanya adalah sama. Bagaimanapun anda perlu memilih salah satu kerana Google mungkin akan menganggap dua laman berbeza yang memberi kesan kepada tahap penilaian di bahagian carian.

Crawl rate

Sekiranya anda menggunakan sistem pelayan yang agak perlahan, anda mungkin boleh mengurangkan tempoh atau kadar enjin Google datang ke laman untuk mengindeks keseluruhan laman. Bahagian ini dinamakan crawl rate (kadar pengindeksan). Ia tidak memberi kesan kepada berapa kerap Google datang ke laman, tetapi berapa banyak laman yang diindeks dalam setiap kali kedatangannya.

Konfigurasi "crawl rate"

  1. Dalam Webmaster tools, klik URL untuk laman web anda.
  2. Seterusnya klik pada pautan Site configuration di bahagian kiri.
  3. Seterusnya klik pautan Settings.
  4. Kemudian dibahagian Crawl rate, select Set custom crawl rate. Ubah lungsur mengikut keperluan dan keupayaan laman web anda seperti dalam gamabr di bawah.
    Only local images are allowed.
  5. Setelah selesai, klik butang Save.
Penilaian: 
4
Average: 4 (2 votes)