Ikuti langkah-langkah yang diterangkan seperti di bawah:

Muat turun modul Page title daripada https://www.drupal.org/project/page_title dan pasang seperti modul-modul Drupal yang lain. Pastikan anda memasang modul Token pada masa yang sama yang boleh didapati di https://www.drupal.org/project/token. Aktifkan kedua-dua modul ini pada masa yang sama.

Kemudian pergi ke Administer Site configuration Page title. Anda akan melihat paparan seperti di bawah:

Pemasangan dan konfigurasi modul Page title-9331

Dengan bantuan daripada Token yang disediakan di bahagian paling bawah laman, anda akan dapat melihat senarai Available Token List yang boleh digunakan. Letakkan kursor pada medan tertentu, dan klik pada pautan Token yang diperlukan. Sceara automatik token tersebut akan dimasukkan.

Tentukan paten yang anda kehendaki untuk halaman utama, dan setiap kandungan. Sekiranya anda masih tertanya-tanya apakah bentuk/paten yang sesuai untuk setiap kandungan, abaikan terlebih dahulu dengan mengikut tutorial yang berikutnya.

Dibahagian sebelah kanan setiap medan konfigurasi, anda dapat melihat kekotak Show Field. Aktifkan kotak ini sekiranya anda mahu medan konfigurasi untuk kandungan tertentu muncul semasa proses kemasukkan kandungan baru. Terakhir, klik butang Save configuration.

Menetapkan tajuk laman untuk setiap kandungan

Kadang kala anda mahu mengoptimumkan satu-satu laman yang spesifik dan memerlukan proses kemasukan paten yang berlainan daripada yang telah ditetapkan sebelum ini. Untuk itu kita perlu masukkan tetapan berdasarkan node-per-node.

Hasilkan satu kandungan baru (node/add). Sekiranya konfigurasi yang dilakukan sebelum ini adalah betul dan menepati arahan, anda akan dapat melihat satu medan tambahan muncul dibahagian bawah medan tajuk.

Pemasangan dan konfigurasi modul Page title-9332

Masukkan tajuk kandungan dan kemudian setkan pada medan Page title berlainan dengan tajuk. Ini bagi membolehkan kita melihat kesan dan perbezaan antara kedua-dua medan ini apabila diaktifkan.

Setelah selesai, klik butang Save. Anda akan dapat melihat perbezaan yang dihasilkan dengan modul ini berbanding dengan kandungan-kandungan yang dihasilkan menggunakan jenis kandungan yang sama.

Pemasangan dan konfigurasi modul Page title-9333

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)