Fungsi Clean URL sahaja tidak memadai. Walaupun kita sudah memastikan enjin carian mampu untuk membaca URL yang dipatenkan semula tetapi ianya hanya peringkat pertama untuk memastikan SEO berjalan sepenuhnya. Enjin carian mencari kata kunci dalam URL yang dibina sama seperti yang telah kita lakukan untuk tajuk kandungan dan isi kandungan.

Ini bermaksud, laman yang mengandungi kata kunci dalam URLnya akan mempunyai tahap SEO yang lebih tinggi berbanding keadaan sekarang. Terima kasih kepada Drupal kerana telah memasukkan modul Path dalam terasnya untuk versi 6 yang membenarkan kita untuk menulis kembali URL tersebut.

Laluan laman (path) adalah sebahagian daripada URL yang datang bersama dengan domain utama (.com, .net, .org) tanpa simbol soal (?). Sebagai contohnya http://example.com/node/43 dan laluan laman adalah node/43.

Modul Path membenarkan kita untuk menghasilkan secara manual URL kandungan untuk lebih mesra kepada enjin carian berdasarkan kepada kandungan. Sebagai contohnya, kita akan dapat menghasilkan alamat seperti:

http://example.com/tutorial/drupal/pengenalan-dan-tutorial-drupal-6

berbanding

http://example.com/node/45

atau pun

http://example.com/?q=node/45

Mengaktifkan modul Path dalam Drupal

Sungguhpun modul ini didatangkan bersama dengan Drupal, namun ianya tidak diaktifkan secara lalai. Untuk mengaktifkannya:

  1. Lawati pautan http://example.com/admin/build/modules atau navigasi ke Administer Site building Modules.
  2. Cari kategori Core - optional dan seterusnya modul bernama Path. Tandakan pada kotak semak.
  3. Klik butang Save configuration.
  4. Seterusnya lawati http://example.com/admin/user/permission atau navigasi ke Administer User management Permissions dan berikan kebenaran kepada pengguna yang boleh menggunakan fungsi modul ini.

Tatacara mengubah laluan satu-satu laman

Dapatkan mana-mana kandungan yang sudah kita hasilkan sebelum ini terlebih dahulu. Jika masih belum ada, anda bolehkan hasilkan satu kandungan percubaan dengan mana-mana jenis kandungan.

  1. Bagi menghasilkan kandungan baru, lawati pautan http://example.com/node/add
  2. Untuk menyunting kandungan tersebut dengan klik pada tab Edit
    Only local images are allowed.
  3. Dibahagian medan URL path settings, masukkan laluan laman yang anda mahukan untuk dijadikan sebagai URL. Masukkan teks tanpa bermula dengan tanda palang (/) dibahagian permulaan. Teks ini akan muncul selepas nama domain utama. Sebagai contohnya, saya mahu alamat URL untuk halaman ini menjadi http://example.com/berita/kandungan-blog-pertama-saya dan apa yang perlu saya masukkan pada medan tersebut adalah berita/kandungan-blog-pertama-saya.
  4. Menurut panduan yang diberikan oleh Google, tukarkan ruang (space) kepada tanda sengkang (-).
  5. Selepas itu, klik butang Save.

Menulis URL yang paling optimum

Menulis satu-satu URL yang paling optimum adalah sangat mudah sekiranya kita mengetahui kata kunci utama untuk kandungan tersebut. Mudah sahaja seperti memasukkan semua kata kunci dalam URL dan diselangi dengan tanda sengkang (-).

Ianya sangat membantu untuk membentuk struktur halaman yang lebih hierarki sekiranya kita mempunyai perancangan untuk mempunyak kandungan yang lebih mendalam seperti:

Menggunakan sambungan fail
Ia merupakan satu idea yang baik untuk menghasilkan URL yang berakhir dengan apa jua sambungan fail. Pertama kali Google melawat laman anda, ianya akan berusaha untuk mengesahkan jenis laman dan jenis fail yang sedang dibukanya. Dan sekiranya kita menulis sambungan URL dengan sambungan fail seperti .html, .html atau .php, ini memberikan satu kepastian kepada Google bahawa mereka sedang melawat laman yang mempunyai sambungan fail untuk paparan laman wweb.

Penilaian: 
No votes yet

Komen

mohrizmus's picture

Tutorial tu bagus juga. Banyak maklumat tentang cara nak optimum SEO. Tambah pengetahuan tentang SEO.Cuma nak tanya sikit URL www.example.com/berita. Adakah berita tu sub-domain atau sub-direktori atau dicipta sendiri dengan modul path? Kalau melibatkan Drupal multisite dah jadi konsep lain pada kaca mata pengehosan berkongsi.

parasolx's picture
Admin

cara handling url dalam drupal ni dia akan istimewa sikit. kerana kita boleh suka2 hati je nak buat bentuk atau pattern kepada URL tuh mengikut kemahuan sendiri. maknanya dia sudah lari dari konsep tradisional yang mana kalu ade "/" pastinya ia adalah dalam satu folder/direktori.

jadi kalu dlm kes untuk subdomain, kita kena pastikan betul2 domain atau folder yang kita create (jika perlu untuk diakses) tidak bertindih dengan pattern url yang kita ada buat.

sebagai contoh, satu folder nama "berita" dan di dalamnya mengandungi fail gambar untuk diakses. pastikan URL pattern yang kita buat jgn gunakan "/berita". jika tidak gambar tersebut xboleh akses sebaliknya dia pergi ke node/kandungan yang diberikan path "/berita".

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

zailir's picture

saya ada kemuskilan; saya ada 2 web drupal. keduanya dipasang mudule pathauto dan path_redirect. mslhnya - yg satu web tu dia tukar url secara otomatik, manakala web satu lagi tidak secara otomatik (kena tulis secara manual) - yg pelik lagi, bila kita save dan buka semula - dia tetap jadi macam asal...cth:http://agensizaman.com/?q=node/31

utk lebih detail-cuba lihat kedua-dua web ini:
http://www.kembaramurni.com
http://agensizaman.com

parasolx's picture
Admin

Untuk website http://agensizaman.com, boleh cuba check konfigurasi Clean URL di Administration > Site configuration > Clean URL adakah sudah diaktifkan atau belum (enable/disable).

Jika tak dapat untuk dienablekan, ini bermakna hosting sekarang tidak support penggunaan modul PHP mod_rewrite. Hubungi pihak yang menjaga hosting untuk aktifkan modul ini. Kemudian cuba semak kembali settings tersebut boleh diaktifkan atau tidak.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training