Semasa pemasangan Drupal 6 kali pertama, sistem akan secara automatik menjalankan dan mengaktifkan fungsi ini. Sekiranya bukan anda yang memasang Drupal pada suatu masa dahulu, atau mungkin anda secara tidak sengaja telah mematikan dan tidak ingat cara untuk mengembalikannya, anda boleh periksa di sini:

  1. Masukkan alamat URL ini pada alamat pelayar anda: http://example.com/admin/settings/clean-urls atau boleh gelungsur ke Administer Site configuration Clean URLs
    Mengaktifkan Clean URL dalam Drupal-9334
  2. Untuk mengaktifkannya, klik pada pilihan Enable dan klik butang Save configuration.

Saya gagal untuk aktifkan fungsi ini
Sekiranya anda tidak dapat mengaktifkan disebabkan butang pilhan dinyahaktif, ini bermakna pihak penyedia hos anda mungkin memerlukan beberapa tetapan yang perlu anda lakukan pada fail .htaccess. Anda boleh kunjungi dan baca manual di laman ini: https://www.drupal.org/node/15365 untuk konfigurasi yang biasa. Terdapat beberapa cara untuk mengaktifkannya pada pelbagai jenis platform.

Sekiranya masih belum berjaya, anda boleh hantarkan komen pada bahagian ini untuk mendapat bantuan.

Penilaian: 
No votes yet