Satu perkara yang hebat mengenai Drupal adalah keupayaannya untuk melaksanakan satu-satu arahan secara programatik yang sebelum ini dilaksanakan secara manual. Dengan menggunakan modul Pathauto, kita memberikan arahan kepada Drupal untuk menghasilkan satu-satu URL secara automatik berdasarkan kepada bentuk atau paten yang ditentukan diruangan pentadbiran. Penggunaan Path redirect perlu digabungkan bersama dengannya untuk memastikan tahap SEO yang tinggi.

Pemasangan modul Pathauto dan Path redirect

Anda boleh memuat turun kedua-dua modul ini daripada laman rasmi Drupal atau klik pada pautan ini:

Kedua-duanya perlu diletakkan di bahagian folder sites/all/modules*]. Kemudian navigasi ke [*Administer Site building Modules dan aktifkan kedua-duanya secara serentak. Boleh ikuti tutorial ini Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal untuk pemasangan modul.

Konfigurasi Pathauto

Untuk konfigurasi Pathauto, anda boleh rujuk kepada tutorial pemasangan dan konfigurasi modul Pathauto (Modul: Pathauto) sebelum ini.

Penghala (redirect)

Menyunting atau mengubah satu-satu URL akan menyebabkan perkara berikut:

  • Pengunjung yang menggunakan fungsi tandaan akan berakhir dengan laman yang tidak wujud
  • Enjin carian tidak dapat mencari kandungan anda
  • Pengunjung yang berkongsi URL akan terputus pautannya

Nasihat yang paling berkesan adalah elakkan sesekali untuk mengubah laluan atau URL setiap kandungan anda. Namun secara praktikalnya, terdapat beberapa sebab yang memungkinkan satu-satu URL tersebut perlu diubah termasuklah:

  • Satu-satu syarikat, pertubuhan atau kumpulan yang bertukar tangan
  • Produk yang sudah tamat tempohnya, perlu dimasukkan ke ruangan tertentu
  • Kata kunci kandungan berubah memaksa URL perlu diubah mengikut kandungan

Penghala dicipta dan diwujudkan dalam sistem laman web untuk memberi tahu pengunjung atau enjin carian bahawa satu-satu kandungan telah dipindah atau berubah dari titik A kepada titik B yang baru. Dalam erti kata lain, penghala memberitahu perisian pelayar untuk ke halaman yang berlainan. Dengan fungsi ini, ianya mengelakkan daripada laman anda mempunyai pautan terputus.

301 Redirect - langkah terbaik memindahkan kandungan

Katakan pada dua tahun yang lepas, anda mempunyai URL untuk satu kandungan seperti berikut:

http://example.com/drupal/tutorial-drupal-6

Kemudian anda merasakan, URL tersebut perlu diubah untuk menepati kandungan yang lebih banyak:

http://example.com/drupal/6/pengenalan-dan-asas

Dalam Drupal hal ini sangat mudah. Secara asasnya, kandungan tersebut masih berpegang kepada struktur URL nodes yang asal, iaitu node/123. Jadi apa yang perlu kita lakukan, hanyalah menghasilkan alias yang baru terhadap node/123 bukan? Jangan terburu-buru. Walaupun Drupal berupaya untuk mengendalikan pelbagai alias untuk satu kandungan, namun dalam konteks SEO ianya bukanlah satu idea yang baik.

Sekiranya laman web anda mempunyai dua URL berbeza tetapi sama kandungannya, ianya akan menyebabkan Google berpendapat bahawa anda sedang bersaing sesama kandungan yang sama. Lebih teruk seandainya Google memberikan penalti atas dasar cubaan untuk melakukan "spam" dengan kandungan berulang.

Manakala tindakan memadam alias yang lama dan menggunakan satu alias yang terbaru pula menghasilkan status 404 - Page not found. Status ini memberi impak yang besar terhadap skor SEO anda. Laman yang tidak wujud terlalu banyak boleh mengakibatkan laman anda tidak lagi dilawati oleh enjin carian.

Untuk mengatasi masalah-masalah ini, kita memerlukan status 301 - Redirect or Permanent Redirect. Status ini memberitahu pelawat dan enjin carian bahawa kandungan tersebut telah dipindahkan secara tetap ke lokasi yang baru. Enjin carian seterusnya akan

  • memaparkan URL yang terbaru bagi menggantikan URL yang lama dalam pangkalan datanya
  • mereka tidak lagi melawat dan menghantar bot-bot ke URL yang lama
  • enjin carian memberikan skor penilaian yang sama untuk URL yang lama kepada yang baru. Dengan erti kata lain, anda tidak kehilangan skor SEO.

Pemasangan dan konfigurasi modul Path redirect

Saya andaikan anda sudah memasang dan mengaktifkan modul ini pada langkah yang telah diarahkan di atas.

  1. Seterusnya navigasi ke Administer Site building URL redirect kemudian klik pada tab Settings.
    Laluan automatik dengan Pathauto dan Path redirect-9338
  2. Ikuti tetapan seperti di bawah ini:
    • Display warning message to users when they are redirected: Set kepada nyahaktif. Ini bagi mengelakkan paparan mesej ditunjukkan kepada pengguna.
    • Allow users to bypass redirect by adding '?redirect=no' to the URL: Set kepada nyahaktif. Fungsi ini diwujudkan sekiranya anda mahukan laman mempunyai duplikasi kandungan atas sebab-sebab tertentu.
    • Discard redirects that have not been accessed for: Set kepada "Never". Ini untuk memastikan URL yang lama-lama kekal disimpan di dalam pangkalan data. Tetapi sekiranya laman anda agak besar, setkan kepada 1 Year sekurang-kurangnya sebelum URL yang lama dibuang.
    • Default redirect status: Setkan kepada 301 Moved Permanently. Ini memberitahu enjin carian bahawa kandungan tersebut telah dipindahkan ke alamat yang baru dan tidak akan kembali semula ke URL yang lama.
  3. Klik butang Save configuration.
Penilaian: 
No votes yet