Ikuti langkah-langkah berikut untuk memasang modul Meta tags.

Muat turun modul tersebut di https://www.drupal.org/project/nodewords.

Masukkan folder nodewords di dalam direktori modul Drupal bersama modul-modul yang lain.

Setelah itu, pergi ke Administer Site building Modules.

Aktifkan sub modul yang berkaitan untuk Meta tags seperti dalam gambar di bawah:
Pemasangan modul Meta tags-9378

Kemudian lawat bahagian kebenaran di Adminsiter User management Permissions. Berikan kebenaran berpandukan kepada fungsi-fungsi yang disediakan oleh modul tersebut.

Modul sepatutnya Meta tags atau Nodewords?
Kedua-duanya merupakan modul yang sama. Dalam versi yang pertama sekali dibina, modul ini dibina untuk mengendalikan dan memaparkan kata kunci pada nodes, dan disebabkan ianya menggunakan kata kunci daripada nodes ianya dinamakan sebagai Nodewords. Namun, selaras dengan peredaran masa, modul ini semakin lama semakin berkembang dengan penambahan beberapa fungsi yang lain selain daripada meta kata kunci dan meta penerangan. Dan pada hari ini, modul ini telah dijenamakan semula dengan menggunakan nama Metatags tetapi mengekalkan nama asal pada bahagian nama folder.

Penilaian: 
No votes yet