Salam sejahtera kepada semua. Anda sekarang sedang mengikuti tutorial Drupal pada tahap maju. Secara kasarnya, dalam tahap ini kita akan cuba menyelami dan mempelajari penggunaan Drupal secara lebih kompleks.

Tutorial pada tahap ini juga lebih mencabar. Sebarang tutorial yang dimuatkan dalam ruangan ini adalah sangat-sangat menuntut anda memahami konsep Drupal terlebih dahulu. Lengkapkan diri anda dengan tutorial yang disediakan:

  • Asas Drupal
  • Tahap 1
  • Tahap 2
  • Tahap 3

Pada bahagian ini, beberapa contoh penggunaan modul, pengaplikasian sistem dan penghasilan sistem kompleks menggunakan Drupal dan modul tambahan akan dibicarakan.

Dibahagian ini juga beberapa tips dan langkah yang agak maju dibicarakan untuk mengoptimumkan Drupal sebagai satu sistem yang pantas, laju, stabil tetapi mampu mengendalikan jutaan data dan sistem pengurusan yang kompleks.

Perhatian: Sebarang persoalan yang terlalu asas atau yang telah disediakan dalam laman ini tidak akan dibicarakan dengan lanjut sebaliknya saya hanya akan memberikan pautan yang berkaitan dengan perkara yang ditanya.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)