Templat adalah satu siri koleksi beberapa fail yang digabungkan bagi menghasilkan beberapa lapisan penampilan. Dalam menghasilkan satu templat Drupal, anda boleh gunakan sama ada templat yang sudah dihasilkan atau menghasilkannya sendiri. Dalam Drupal, terdapat beberapa fail yang perlu diketahui bagi menghasilkan dan mengawal setiap paparannya.

Jika anda rujuk pada tutorial sebelum ini, terdapat beberapa terma yang sudah biasa anda dengari. Dan dalam aspek templat kita akan aplikasi dan mengawal terma-terma ini iaitu:

  • region
  • block
  • node

Terma-terma di atas adalah penting kerana ianya akan membentuk dan memberi struktur kepada paparan templat. Sistem templat Drupal dibina dengan dua aspek iaitu secara keseluruhan (generalize) dan secara spesifik (specialize).

Struktur Asas

Seperti lain-lain CMS, Drupal secara asasnya membina sesuatu templat dengan rangka asas yang sepenuhnya dikawal dengan kewujudan kawasan iaitu "region". Pada pemasangan asas, Drupal telah mewujudkan beberapa "region" yang dihasilkan dari "core". Ianya adalah:

  • Header
  • Left dan Right sidebar
  • Content
  • Footer

Pemaparan kepada "region" ini ditentukan pada kerangka utama yang membentuk setiap laman Drupal iaitu fail page.tpl.php yang akan kita lihat dengan mendalam pada tutorial mendatang. "Region" memainkan peranan kerana ianya menyediakan ruang atau dipanggil seksyen untuk setiap elemen yang bakal dikawal oleh sistem Drupal.

Anda boleh membina "region" sendiri (sekiranya anda mahu menambah ruangan berdasarkan kepada keperluan sendiri) yang kita akan lihat pada fail .info nanti.

Only local images are allowed.

Setiap "region" memberikan tempat untuk "block" atau sistem Drupal memaparkan maklumat seperti kandungan, "nodes" dan sebarang informasi yang berkaitan dengan persembahan data dinamik. Perhatikan pada rajah di atas, setiap "region" akan memuatkan kandungan tertentu yang kita akan kawal di bahagian Administer Site building Block.

Anda boleh meletakkan terus input selain dari kawasan "region" seperti logo, misi atau gambar-gambar lain tetapi ianya tidak akan dapat dikawal sepenuhnya oleh sistem sebaliknya menerusi pengubahsuaian kod-kod aturcara secara terus di dalam fail-fail templat.

Kelebihan "Region"

Melalui fungsi ini, anda boleh mengubah kedudukan setiap blok maklumat dengan lebih mudah. Kawalan kedudukan paparan blok tersebut boleh diubah-ubah hanya melalui heret dan lepas di bahagian administrasi Drupal.

Selain itu, "region" membolehkan setiap maklumat dipersembahkan dengan lebih teratur. Anda dapat lihat setiap maklumat jelas, tidak bertindih dan mempunyai sempadan paparan persembahan.

Kewujudan sistem ini juga meningkatkan tahap SEO sesuatu laman. Agen Carian akan lebih mudah untuk mengindeks setiap laman dengan melakukan proses dari satu kawasan ke kawasan yang lain secara berperingkat.

Proses navigasi laman menjadi lebih sempurna. Pengguna dapat memahami dan boleh menggunakan laman anda dengan lebih pantas berbanding struktur laman yang berselerak dan tidak menampakkan sempadan pemisah antara kandungannya.

Penilaian: 
No votes yet