Cascading Style Sheet (CSS) merupakan teknologi piawai yang diguna pakai dalam mengawal bentuk paparan dan persembahan sesuatu laman. Dan dalam Drupal, CSS digunakan sepenuhnya bagi mengawal, mengubah dan memberikan "perasaan" kepada templat.

Apabila laman Drupal dimuat turun dan dipanggil melalui pelayar web (web browser), satu atau lebih fail CSS akan dipanggil yang menyediakan maklumat yang spesifik untuk paparan maklumat sesuatu laman.

Fail CSS dalam Drupal adalah sama seperti lain-lain fail CSS yang digunakan. Yang membezakannya adalah cara unik fail CSS tersebut dimasukkan dan dipanggil ke dalam fail templat. Dalam tutorial ini hanya difokuskan kepada Drupal 6 sahaja.

Penyumbang fail CSS

Fail CSS bukan sahaja didatangkan dalam direktori templat Drupal tetapi ianya mungkin datang dari modul-modul tambahan. Sesetengah modul menyediakan fail CSS tersendiri bagi membolehkan kandungan atau modifikasi pada modul tersebut dipersembahkan dengan lebih baik.

Only local images are allowed.

Selain itu, dalam setiap modul akan menyediakan fungsi untuk paparan. Sebagai contohnya, paparan untuk tajuk ditulis dalam HTML seperti ini:

<h2><?php print $title ?></h2>

Dalam penggunaan CSS, kita memerlukan "class" dimuatkan dalam setiap tag HTML bagi membolehkan elemen tersebut dikawal dengan lebih spesifik. Dalam Drupal 6, satu fungsi yang dipanggil "preprocessing" yang bertujuan untuk menulis tindih fungsi yang sedia ada.

"Preprocessing" membolehkan kita mengawal segala fungsi yang ada sebelum ianya dipaparkan

Segala fungsi ini dimuatkan dalam fail templat sahaja tanpa perlu untuk mengusik atau mengubah suai kod aturcara dari modul atau "core" Drupal. Keadaan ini membolehkan proses kemas kini modul atau versi Drupal dengan mudah tanpa menjejaskan sebarang perubahan yang dilakukan sebelum ini.

Dalam contoh di atas, dengan melakukan "preprocessing" di bahagian templat, kita akan mengawal proses output tersebut menjadi seperti ini:

<h2 class="class_saya"><?php print $title ?></h2>

Dan dengan CSS, kita hanya memasukkan elemen .class_saya di dalam fail .css dan segala proses pemaparan untuk elemen tersebut dapat dikawal.

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)