Tutorial sebelum ini menerangkan secara terperinci struktur pembinaan dan pemaparan persembahan maklumat dalam templat Drupal. Seterusnya kita akan meneruskan pembelajaran dengan mengetahui keperluan fail-fail dalam templat Drupal. Terdapat beberapa fail penting yang digunakan secara global (generalize).

Setiap fail ini memain peranan tersendiri. Terdapat fail yang diperlukan dan mesti ada dalam setiap templat dan beberapa fail yang sekiranya tidak wujud, templat asal Drupal iaitu "Garland" akan digunakan. Setiap fail yang wujud dalam fail pelipat templat memberi kesan kepada kawasan-kawasan tertentu.

Situasi ini menjadikan Drupal begitu mudah, fleksibel dan lebih spesifik dalam proses modifikasi dan penghasilan templat.

Fail-fail Penting

Kita akan gunakan templat "Garland" sebagai rujukan kerana ianya paling mudah untuk difahami dan merupakan templat utama pada pemasangan Drupal. Perhatikan pada senarai fail-fail terutamanya fail PHP (yang mempunyai sambungan .php) mempunyai nama dan kita boleh memahami fungsi setiap fail tersebut terus dari namanya.

Fail-fail templat ini dikategorikan kepada dua bahagian iaitu fail-fail utama dan fail-fail sokongan. Fail-fail utama adalah fail yang perlu ada bagi membolehkan templat tersebut berfungsi manakal fail-fail sokongan akan membantu dalam proses pemaparan data-data ke dalam templat.

Fail-fail Utama

.info (diperlukan)

Fail ini mengandungi informasi dan data-data yang berkaitan dengan templat anda. Maklumat yang dimuatkan dalam fail ini termasuklah versi templat, data meta, Cascading Style Sheet (CSS), JavaScript dan pengawalan "region" (rujuk tutorial sebelum ini).

Fail ini perlulah dinamakan berdasarkan kepada nama templat anda. Sebagai contoh, templat Garland akan menamakan fail ini sebagai "garland.info". Dan sekiranya templat ini anda namakan sebagai Parasolx, maka fail ini perlu dinamakan sebagai "parasolx.info".

Maklumat mengenai fail ini diterangkan pada tutorial selanjutnya.

block.tpl.php

Fail ini mengawal bentuk pemaparan untuk kawasan blok. Sekiranya ianya diubah suai, ke semua paparan blok akan mengalami pengubahsuaian serentak. Paparan fail ini berkaitan dengan administrasi dalam blok.

Untuk blok tertentu, boleh dilakukan proses ubahsuainya tersendiri tanpa perlu melibatkan proses pengubahsuaian untuk ke semua blok. Proses ini akan diterangkan dalam topik pengubahsuaian templat secara spesifik.

comment.tpl.php

Ia mengawal bentuk paparan dan persembahan untuk setiap komen yang terdapat pada laman Drupal. Sekiranya anda mahu menjadikan paparan komen berlainan dari kandungan, maka fail ini perlu diubahsuai.

Sekiranya tidak wujud fail ini dalam direktori templat anda, maka Drupal akan mengambil paparan dari templat Garland dan dimuatkan ke dalam templat tersebut.

node.tpl.php

Fail ini mengawal paparan untuk kandungan dan data-data yang anda masukkan. Fail ini secara keseluruhannya hanya meliputi kawasan kandungan sahaja DAN bukan paparan laman. Ia mengandungi "string" dan API Drupal yang paling banyak. Sungguhpun begitu, node.tpl.php tidak memainkan peranan penting dalam pemaparan struktur asas sesuatu templat.

page.tpl.php

Ia mengawal keseluruhan bentuk, susunan atur galur "region", kedudukan dan struktur asas kepada sesuatu templat. Fail ini bertindak seolah-olah "index.html" dan ia merangkumi ke seluruhan fail-fail yang diterangkan di atas. Sekiranya anda memulakan langkah pertama menghasilkan templat, page.tpl.php adalah fail yang pertama dahulu dihasilkan.

Fail-fail sokongan

maintenance-page.tpl.php

Paparan ini hanya akan dipaparkan sekiranya anda meletakkan laman Drupal anda kepada "Site offline" atau penutupan laman. Atau ketika Drupal mengalami sebarang ralat yang menyebabkan ianya tidak dapat berfungsi. Sangat sesuai bagi ketika proses kemas kini modul dan proses penting dilakukan.

Seandainya fail ini tidak wujud, templat Garland akan dipaparkan secara lalai.

template.php

Salah satu keunikan Drupal adalah membolehkan kita mengawal setiap keluaran atau data yang sudah diproses diubah suai dahulu sebelum dipaparkan pada templat. Proses ini lebih dikenali sebagai "preprocessing". Fail ini hanya mengandungi aturcara kod PHP sahaja.

Kita hanya akan membincangkan mengenai fail ini pada peringkat yang lebih tinggi kerana ia melibatkan penaturcaraan PHP dan pemahaman konsep serta fungsi Drupal yang lebih mendalam. Dengan fail ini, menjadikan templat sesuatu Drupal itu adalah diluar jangkaan kita.

style.css (Cascading Style Sheet)

CSS adalah sangat penting dalam pembinaan sesuatu templat. Ia memberikan nafas kepada bentuk pemaparan dan menetapi piawai konsep Web 2.0. Kemasukkan fail-fail ini dikawal dalam fail .info. Terdapat beberapa fail CSS yang mungkin wujud seperti style.css, print.css, fix-ie.css dan sebagainya

script.js (JavaScript)

Seperti CSS, JavaScript juga menjadikan templat Drupal lebih dinamik dengan animasi dan skrip aturcaranya. Kemasukkan Javascript boleh dikawal dalam fail .info dan juga template.php.

screenshot.png

Fail gambar ini memberikan paparan lakaran untuk templat anda. Ianya perlu dihasilkan sendiri menerusi perisian grafik seperti Photoshop dan seumpamanya. Nama fail ini juga adalah tetap kepada screenshot.png jika tidak dikonfigurasi di dalam fail .info.

Penilaian: 
Average: 4 (2 votes)

Komen

SoLarIZe's picture

untuk template.php tu, adakah file nie penting untuk sesuatu paparan maklumat...
adakah file nie perlu diwujudkan dengan banyak untuk membuat pelbagai paparan...
kurang paham maksud dengan template.php nie... boleh terangkan sedikit or beberapa info yg penting tu template.php nie...
maknanya jika kita nk create sesuatu template drupal, based on page.tpl.php... kalau kita nk embed dari design asal yang menggunakan HTML sahaja kepada drupal template, adakah file page.tpl.php perlu dirujuk bersama dengan block.tpl.php untuk paparab block ataas, kana, kiri, bawah dengan lebih cantik dan optimum...

parasolx's picture
Admin

fail "template.php" ini penting untuk kita melakukan "preprocessing". sekiranya templat tersebut langsung tidak melibatkan aktiviti ini, maka tak perlu untuk diwujudkan. "preprocessing" adalah proses di mana kita ubah bentuk output yang dihasilkan oleh sistem Drupal sebelum ianya dipaparkan pada templat.

contohnya seperti "breadcrumbs". seandainya kita tahu untuk mengubahsuainya, dan contohnya kita mahu untuk tambahakan "Anda berada di sini:" pada breadcrumbs, maka masukkan kod aturcara tersebut dalam template.php. Jika fail ini tak wujud, maka Drupal akan lepaskan output yang sedia kala ke dalam templat.

ke semua fail yang dikategorikan sebagai fail-fail utama sebolehnya diwujudkan. kerana setiap fail memberi sokongan dan memainkan peranan tersendiri. dalam tutorial akan datang akan diterangkan sepenuhnya bagaimana untuk membina templat dari awal sampai akhir secara "custom make".

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

SoLarIZe's picture

harap tutorial yang nk wat custom make template drupal nie akan kuar dengan cepat.. agak2 bila tu para.. x sabor ak nk tunggu nya..
berbalik pada jawapan ko, maknanya kalau file template.php nie x de pun x pe ke... contoh camne template.php nie..
harap cepat lah tutorial nk wat custom make drupal theme.. x sabor nk blajor wat custom make theme...

parasolx's picture
Admin

yeap.. dia bukan satu kemestian. ada pon boleh tak ade pon tak ape. contoh template.php ni bleh tgk dengan review mana2 template. kebanyakkannya mmg gunakan template.php ni untuk buat preprocessing.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

SoLarIZe's picture

ak dh tgk file template.php tu, dan aturcara php dia agak kompleks aje... ke mmg kompleks gitu ke... atau template.php nie boleh direka dgn aturcara php yg lebih simple dan mudah... KS menggunakan template.php ke.. adakah simple atau kompleks...

parasolx's picture
Admin

KS mmg menggunakan template.php. kalu nak guna template.php kena tau API Drupal. kebanyakkan kod guna terus API drupal, bukan just simple PHP kod sahaja. biasanya template.php ni kalu kita nak buat "preprocessing". kalu template xde melibatkan "preprocessing" tak perlu pening2 untuk pikir perlu atau tidak fail nih.

"preprocessing" tuh kena belajar sendiri, kena faham betul2 konsep Drupal, faham API dia baru bleh faham nak buat mcmne. kalu newbie, suggest tak perlu ambil tahu lagi pasal ni sebab akan lagi pening untuk terangkan kalu asas yang atas tuh belum dikuasai sepenuhnya.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training